Empangan dibina untuk menyekat dan menakung aliran sungai untuk menyimpannya bagi bekalan minuman, menjana eletrik atau mengawal banjir di kawasan hilir. Ini bermakna jumlah air yang dilimpahkan oleh empangan akan dikawal bergantung kepada keperluan semasa empangan dan bukan keperluan manusia dan haiwan di hilir sungai.
Oleh itu di seluruh dunia, empangan- empangan besar sudah terbukti kesan buruk mereka.Mereka menenggelamkan hutan dan ladang, menyingkirkan manusia dari kampung- kampung halaman mereka, menjadikan jumlah aliran sungai di hilir tidak menentu sehingga menyusahkan dan membahyakan pengguna sungai, mencemar sungai, mengganggu kesuburan tanah di hilir, mengacam kehidupan ikan serta haiwan lain yang bergantung hidup kepada sungai dan memberikan peluang kepada tumbuhan perosak, lumut dan haiwan dan serangga berbahaya membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia. Empangan juga mungkin akan memburukkan keadaan di musim hujan dan kemarau.
Membandingkan tasik empangan dengan sungai bagai membandingkan hitam dengan putih. Sungai adalah air yang mengalir. Empangan merupakan air yang bertakung. Sungai yang deras mengalir, menghakis dan membawa lumpur ke hilir, empangan dibina oleh manusia untuk menguasai, mengawal dan mengubah aliran semuajadi ini.Semua perubahan ini akan menjejaskan punca pendapatan, pemakanan, kesihatan, pengangkutan, harta benda, keselamatan, kebudayaan dan kesejahteraan penduduk setempat. Setiap empangan adalah berlainan, dari jenisnya, binaanya, kawasannya dan cuaca sekitarnya. Oleh itu kesan setiap empanagan adalah berbeza dan tidak menentu. Kita sukar membuat jangkaan yang tepat dan membuat persediaan yang sepatutnya. Lehih tinggi dinding empanagan, lebih banyak kesan buruknya. Lebih besar tasik kawasan takungan empangan, lebih banyak kemusnahan yang akan berlaku. Bakun merupakan antara empangan terbesar di dunia dan terbesar dan tertinggi di Asia Tenggara. Malah tasiknya melebihi besar Pulau Singapura.
Kesan apabila sungai diempangan.
Gempa bumi, Lebih besar dan tinggi sesebuah empangan tersebut, lebih tinggi kemungkinan gempa bumi terjadi. Jika ia di bina di kawasan yang pernah mengalami gempa seperti Sarawak, kemungkinan ini lebih tinggi. Di Trengganu, Empangan Kenyir yang merupakan separuah dari besarnya Bakun dan di biba di kawasan yang tidak pernah mengalami gempa telah menghasilkan gempa di kawasan sekitarnya beberapa kali.
Gas.
Pokok- pokok yang mereput di dasar tasik akan mengotorkan air dan mengeluarkan gas beracun yang busuk. Di Amerika Selatan, pekerja sebuah empangan terpaksa memakai topeng Gas selama 2 tahun kerna bau busuk yang kuat ini.
Tumbuhan perosak membiak di permukaan.
Bahan subur yang terperangkap di empangan menggalakan pembiakan lumut dan tumbuhan perosak yang boleh tersebar ke kawasan hilir. Oleh itu racun perosak sering disembur dengan banyak di empangan. Air permukaan empangan jika dilepaskan selalunya lebih hangat daripada biasa, lumut, berbau dan kadangankala tidak selamat untuk diminum.
Keracunan merkuri.
Merkuri ialah sejenis logam yang sangat beracun. Ia sering terkumpul dengan banyak di kebanyakkan empangan. LOgam ini boleh menyebabkan kerosakan otak, paru- paru, buah pinggang dan uraf saraf dan menyebabkan kecacatan bayi. Malah ia boleh meragut nyawa. Merkuri boleh siserap oleh hidupan air yang di makan ikan. Jika ini dimakan manusia, racun ini akan berpindah ke tubuh mereka. Di Kanada selepas 6 tahun sebuah empangan dibina, ikan tercemar telah menyebabkan takat merkuri di dalam tubuh penduduk di hilir
naik dengan mendadak
Logam dihakis dari batu batan.
Air di dasar empangan selalunya mempunyai kandungan asid, yang tinggi. Asid adalah " tajam " dan boleh menghakis logam dari batu batan dan tanah sungai, mencenmarkan lagi sungai.
Kesuburan di hilir berkurangan.
Sungai merupakan aliran air dan aliran pasir, lumpru, tanah- tanah, batu-batu kerikil dan bahan-bahan reput yang menyuburkan. Empangan akan memerangkap bahan-bahan ini, menjejaskan kesuburan kawasan hilir dan zat makanan ikan.Pasir dan mendakan yang terperangkap ini juga selalu merosakan empangan.
Air di dasar kehabisan udara.
Air bahagian dasar empangan jika dilepaskan selalunya sejuk dan kurang kandungan udaranya. Ia boleh melemaskan hidupan air di hilir dan lambat untuk mereputkan hidupan dan tumbuhan yang sudah mati.
Berbahaya! Aliranya tidak menetu.
Paras air boleh turun naik beberapa kaki dalam nasa satu hari. Empanagn juga boleh memburukkan keadaan di musim kering dan hujan. Di musim kering, air mungkin disimpan dengan lebih banyak, tetapi di musim hujan, jika empangan terlalu penuh, air yang banyak dilepaskan sekaligus. Do Kambodia, nelayan di kaki empangan kehilangan banyak jala dan bot mereka akibat banjir secara tiba-tiba. Malah ada penduduk yang sedang mandi atau membasuh turut terbunuh. Apabila empangan di buka, tidur di kerangan semasa memacing atau apa-apa kegiatan di tebing sungai boleh jadi bahaya.
Menyebarkan penyakit.
Kawasan takungan air tawar yang dibesarkan oleh empangan dan tunbuhan yang mereput boleh menggalakan pembiakan siput yang membawa cacing, nyamuk dan serangga- serangga berbahaya. Antara penyakit yang diketahui digalakkan oleh empangan di seluruh dunia adalah Malaria, denggi, penyakit hati, pembengkakan bahagain- bahagain tubuh, kebutan, ceret-beret, kencing berdarah dan masalah seprti kegatalan kulit, kudis, jangkitan mata, tekak dan hidung, gangguan pernafasan, kesakitan, perut, muntah- muntah dan pening.
Warna dan bau air berubah.
Air sungai di hilir boleh berwarna hijau, merah, berbuih dan berbau busuk. Jika disimpan terlalu lama, ia mungkin beracun kepada kehidupan haiwan air di hilir apabila dilepaskan.