Media memainkan pernan yang sangat penting membangunkan sebuah negeri dan Rakyat. Para Wartawan memainkan pernan yang sangat penting untuk menyampaikan suara rakyat melalui media masa.Kepujian dan tahiah kepada watawan yang bertungkus lumus untuk mendapatkan berita yang terkini demi untuk membantu rakyat menyampaikan berita kepada pihak yang berkenan.
Kita harus berterima kasih kepada media china ( Surat khabar China ), mereka tidak menghadkan penyampaian berita dari pihak rakyat. Mereka terbuka kepada apa sahaja berita yang yang boleh disuarakan dari rakyat kepada pihak tertentu.kita sangat kagum dengan mereka dan mereka bekerja keras siang malam demi untuk menyediakan berita yang terbaik untuk rakyat agar pihak tertentu akan ambil berat tentang suara rakyat yang memerlukan pertolongan pihak atasan. Akan tetapi jasa dan pengorbanan yang mereka berikan untuk rakyat hanya sia sia apabila berita tersebut sampai kepada pengarang, pengarang terpaksa menyekat atau mengketepikan berita tersebut atas alasan berita menetang kerajaan ( BN ).
Jika kita bandingkan pihak NGO dan pembakang yang lebih tahu tentang masalah rakyat dengan lebih dalam lagi. Mereka inilah tempat rakyat meluahkan rasa tidak puasa mereka tentang kegagalan yang di capai oleh pihak Kerajaan (BN ).Satu contoh yang sangat baik ialah apabila seorang Wakil Rakyat N63, mengadakan sessi pertemuan dengan rakyat setiap minggu, hari Jumaat, jam 10.00am hingga 12.00 tengahari.
Kerajaan BN telah menopolikan kesemua media masa.Selain dari itu pihak kerajaan menghadkan penyebaran tentang berita berita dari rakyatnya sendiri. Mereka (BN) menyatakan bahawa mereka adalah Mr PERFECT dan di manakah hak dan bagaimanakah rakyat mahu menyuarakan rintihan yang dialami oleh mereka.
Kebanyakkan dari pihak (NGO) tidak dapat menyampaikan masalah dan rintihan yang dialami oleh rakyat atas sebab musbah yang dinyatakan diatas.Dalam kata lain, pihak pembakang, NGO dan rakyat disekatkan dari menggunakan media masa untuk menyampaikan suara mereka kepada pihak atasan. Di manakah kebebasan rakyat untuk bersuara sengan sendirinya. Apakah negeri ini demokratik?
No comments:
Post a Comment