Setiap pagi apabila kita membaca Surat Khabar berbagai bagai berita yang kita lihat dan baca. Satu berita yang sering kita baca ialah tentang kes rogol. Ini terjadi pada kaum hawa yang di bawah umur.Kita tidak dapat mempersalahkan mereka sepenuhnya. Kita harus memperslahan beberapa pihak yang bertanggungjawab keatas gadis bawah umur ini.
Kita sebagai orang tua ataupun ibubapa harus mengutamakan satu pendidikan yang baik kepada anak kita. Kita tidak dapat nafikan ramai ibubapa terlalu sibuk dengan perkerjaan mereka seharian samapi mereka tidak ada masa untuk bersama dengan anak waktu siang dan waktu petang pula ada aktiviti seperti majlis majlis yang penting yang berkaitan dengan kejaya mereka. Akan tetapi mereka lupa akan anak anak mereka yang ditinggalkan di rumah merasa kuarang kasih sayang. Berilah kasih sayang kepada anak atau berilah masa untuk bersama dengan anak- anak. Ibubapa harus memberi talaudan yang baik untuk mereka. "No one is perfect but we make the perfectness to be perfect".
Kata perpatah: Meletur buluh biarlah dari rebongnya. Anak anak kita harus di ajar tentang Agama senjak dari mudanya ( kecil ). Ibubapa memainkan pernan penting untuk mengajar anak-anak mereka tentang Agama.Sekiranya ibubapa beragama Kristian agarlah mereka tentang unsur-unsur Kristian dan apakah pernan meraka sebagai seorang Kristian yang percaya pada Tuhan. Kedua orang tua juga harus memberitahu kepada mereka apakah akibat melanggar hukum Tuhan. Ibubapa mesti membawa mereka ke Gereja agar mereka tahu kewajiban sebagai orang Kristian dan agar mereka dapat menerima sesuatu dari ajaran yang di sampaikan oleh Imam Gereja.Ada juga ibubapa yang kurang pergi ke Gereja dan ini akan dicontohi oleh anak mereka.
Mereka juga harus di galakan untuk menyertai aktiviti- aktiviti gereja setiap kali gereja menganjurkan aktiviti- akitviti. Dari melibatkan diri dengan aktiviti tersebut mereka akan tahu apakah ajaran yang sangat penting kepada mereka.Setiap Agama mengajaran tentang meningkatkan moral menuju kepada kemurnian aklak kaum muda.
Ibubapa memastikan anak- anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Walaupun anak mereka berada di rumah pastikan mereka tidak melibakan diri melanggan Inter- net yang tidak sihat. Kemudahan harus diberikan kepada mereka demi untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang dunia luar. Pastikan mereka gunakanya dengan baik dan betul. Ramai anak muda terpengaruh dengan media masa yang tidak sihat yang boleh membawa mereka ke arah keruntuhan aklak dan sanggup melibatkan untuk mencuba pekara yang baru akibat media masa yang tidak sihat.
No comments:
Post a Comment