Tuesday 26 July 2011

LAWATAN BERMESRA DENGAN RAKYAT

Pada petang khamis, 21 Julai 2011, wakil rakyat Piasau Yang Berhormat Alan Ling telah membuat lawatan bermesra  dengan rakyat di Pulau Melayu. Walaupun beliau terlalu sibuk dengan tugas harian sebagai wakil rakyat dan peguam, beliau tetap meluangkan masa beliau untuk mengunjungi rakyat-rakyat di Kampung Pulau melayu, Kampung Pasir , Lutong dan diKampung Merikan lutong. Beliau mengunjungi mereka dari rumah ke rumah dan menanyakan berita dan menanyakan masalah mereka ditempat masing.
Walaupun dengan bertanyakan khabar, ianya cukup menyenangkan hati rakyat dapat bermesra dengan wakil rakyat mereka.Beliau juga sanggup mendengar keluhan dari rakyat Kampung pasir, Kampung Pulau Melayu dan Kampung Merikan dan sedia membantu untuk membawa aduan- aduan mereka kepada pihak tertentu.Sambil beliau bersalam- salaman dengan penduduk di Kampung Pulau Melayu, Kampung Psair, Lutong dan Kampung Merikan, Lutong, beliau edarkan akhbar ROCKET. Akhbar yang diedarkan oleh beliau bertajukkan RAKYAT VS TAIB. Dalam lawatan itu penduduk mengadu tentang masalah yang mereka tidak ada bekalan elektrik dan air. Kedua- dua sumber asas ini sangat diperlukan untuk meneruskan kehidupan harian contohnya tidak ada bekalan elektrik menyusahkan anak mereka untk membuat ulangkaji diwaktu malam.Pihak kerajaan telah berjanji untuk memberi bantuan untuk penyabuungan bekalan air dan elektrik untuk kampung Pasir, Lutong dan Kampung Merikan akan tetapi sampai sekarang belum ada (janji tak ditunaikan ). Mereka tergolong dalam keluarga miskin.
Rakyat didahulukan itu selogan kata yang dilaungkan oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA akan tetapi ramai rakyat yang tertindas. Pihak tertentu sahaja yang merasakan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan.JOM UBAH SARAWAK.

Monday 25 July 2011

KETUA KAUM MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT PENTING UNTUK RAKYAT

Ketua Kaum dari setiap daerah maupun setiap kampung harus memainkan peranan yang sangat penting untuk rakyat masing- masing. Mereka inilah harapan yang  menentukan nasib sesebuah daerah dan kampung. Ketua kaum ataupun ketua kampung harus bijak memikirkan masa depan setiap kampung mereka. Mereka kerap kali diberi (course)  oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang cara- cara yang sangat berkesan untuk mengaburi mata rakyat. Mereka dilantik dan dipilih oleh kerajaan untuk mendekati rakyat dan menggunakan mereka untuk mendapat hak milik raykat seperti Tanah.Pihak tersebut menakut- nakutkan mereka, sesiapa yang tidak mengikut peraturan mereka akan dihentikan dari Jawatan yang dipegang oleh mereka sebagai ketua kaum mahupun ketua kampung.
Mereka harus bijak dan selidiki dengan teliti semua pekara yang diberi oleh kerajaan untuk mereka seperti projek pembangunan di Baram, Empangan Baram.Mereka harus pandai menilai apa yang terbaik untuk rakyat meraka demi untuk masa depan setiap orang. Apakah mereka ini telah dibrain wash oleh pihak berkuasa? Kenapa mereka tidak mengetahui tentang kejahatan yang telah ditimpa oleh rakyat Belaga selama ini? Mereka harus mempertahankan hak milik mereka seperti mempertahankan tanah mereka dari dicerobohi oleh pihak luar ataupun pihak kerajaan untuk membina Empangan di kawasan Baram.  HAI KETUA- KETUA KAUM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG, Bangun untuk mempertahankan hak milik kita dan kita akan kehilangan segalanya dalam masa yang sangat singkat lagi.
Kita bukan melawan kerajaan akan tetapi kita melawan sebab pihak tetentu menipu rakyat dan semua kekayaan kita di kawasan ulu akan dan telah di miliki oleh yang berkuasa penuh di Sarawak seperti Ketua menteri Sarawak. Di manakah SUARA RAKYAT yang disampaikan oleh pihak yang betul betul mahu membantu rakyat  seperti ( DAP ), ( PKR ), ( NGO) dan sebagainya. Apa yang dilaungkan oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA - rakyat didahulukan akan tetapi rakyat- rakyat sangat sedih dan tak senang hati sebab sekarang MENTERI- MENTERI DAN KETUA MENTERI DIDAHULUKAN. Marilah kita sebagai rakyat jelata yang mempunyai hak di Malaysia terutamanya orang ulu di Sarawak.JOM UBAH SARAWAK

THE NATIVES WANTS THEIR " RIGHT BACK "

The opposition was using various issues not to denny the issues that had happened in the Urban areas. These  parties like DAP, PKR are not against the government but they against the way the government treated or even taking the right of the natives' land.The natives should or must understand and knows their right upon their land even their right  as the native of Sarawak Even those natives or the orang Ulu who lives in the Urban area does not  mean that they are out of inforrmations.The people in the long house knows  their right well and it will be taken by the government for the purpose of development and for those who have money to do their own bussiness and for their own purposes.The people in the urban area also knows the change of the geographical factors, for example the muddy water, populated air and the changed of the weather. They always say, those are the days we can directly drink from the streams and enjoying the coldness of the water of each stream but now the streams and even Baram river is muddy. The water can cause all kinds of illness. Those days we can go for hunting and fishing at he nearest stream but now the animals, repetiles and fish are hard to find. Are these developments for the natives or for the rich? The coldness of the air becomes populated by the activities of the near by timber camp. We do loves our wooden long house so much and from there we have a good experienced and from that experience we built our livehood in the long house.
The young generation know their right on their own land which they inherited from their forefather. Their forefather worked hard to establish their land  and their properties for the goodness of their next generation in future. Our forefathers proud of them because they can generated their land for their young generation.We as young peoples who work in the town should educate the old generation about their right upon the land.Why should BN assemblyman scared of the young people who has their own long house or in the urban area to bring the news of urban -style politics? We should fight for the natives' right. WE LOVES OUR LAND. 

Tuesday 19 July 2011

HAK KAMI TETAP HAK KAMI- TANAH KAMI KEHIDUPAN KAMI

Pada 26 April 2011, sebuah akbah berita , Utusan Borneo menyatakan tentang Isu Tanah, Rakyat tidak perlu rada menggelabah sebagai Tuan punya tanah rakyat harus menggelabah sebab harta milik tuan punya akan dirampas dalam kata lain tanah rakyat  ( NCR ) akan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan atas alasan kerajaan ingin mengubah dan memberi pembangunan kepada rakyat terutamanya pada kaum Bumiputera Sarawak.
Perjumpaan saya dengan penduduk kampung dari Ulu Baram terutama dari kampung Long Palai yang akan dipindahkan akibat Empangan Baram, servey yang dilakukan ( perimeter ) oleh kerajaan mengikut sukatan yang dikehenhaki  oleh pihak kerajaan sendiri bukan sukatan dari penduduk kampung tersebut.
Mengikut perimeter servey, tanah yang diusahakan selepas 1957 adalah milik penduduk kampung akan tetapi penduduk kampung juga mahukan tanah yang diusahakan sebelum 1957 pun dimiliki oleh mereka, dalam kata lain tanah yang diusahakan oleh nenek moyang pun harus dimiliki oleh penduduk kampung tersebut.Ramai penduduk kampung tidak setuju dengan perimeter yang dilakukan oleh pihak servey mahupun pihak kerajaan sendiri.KAMI ANAK SARAWAKyang MEMILIKI BUMI KENYALANG. Akbar pada 15 julai 2011, menyatakan terdapat 9 Empangan di seluruh Sarawak. Empangan tersebut terdapat: 2 Empangan di kawasan kapit, 4 Empangan di Belaga, 1 di kawasan Baram, 1 di kawasan Limbang dan satu lagi di kawasan Lawas.
Kesembilan Empangan itu akan memusnahkan harapan penduduk masing- masing.
Kerajaan Sarawak telah menjanjikan pada penduduk di Belaga  terutamanya mereka yang dipindahkan, mereka akan menerima bekalan air dan elektrik dengan percuma akan tetapi janji tidak ditunaukan atau janji Kosong.Apalah nasib mereka sudah jatuh ditimpa tangga.Apakah ini satu arus pembangunan yang kita banggakan selama ini?? Dengan pembayaran bil air dan elektrik , sangat membebankan kepada keluarga- keluarga yang dipindahkan, selain dari itu mereka menggadu tidak tempat untuk mereka berkebun, dengan adanya kebun dapatlah meringankan beban dari membeli sayur.
Apakah nasib yang sama akan berulang pada penduduk yang dimana Empangan - Empangan yang akan di usahakan oleh Pihak kerajaan??? Tentu nasib yang sama akan terjadi...........Penduduk mula rasa gelesa, takut dan risau akan harta nenek moyang mereka akan dimiliki oleh pihak Kerajaan sepenuhnya. Melainkan Tanah, tanaman mereka seperti kebun getah ( sangat berharga ), pokok-pokok buahan mereka akan dimusnahkan. Perkuburan akan di munsnahkan sepenuhnya. Tanah nenek moyang kami dirampas dan perkeburan nenek moyang kami pun dttenggelami air. Di manakah nasib kami, sudah jatuh ditimpa tangga, inilah nasib kami Bumiputera( orang Ulu ).Penduduk Baram telah diberi projek Getah supaya penduduk kampung dapat meningkatkan tahap hidup mereka. Penduduk kampung sangat bangga dan gmbira kerana masih dapat mengusahakan kebun getah mereka dan pendapatan mereka sebulan dalam lingkungan RM 1,500. Dengan pendapatan yang sebanyak itu mereka dapat menyimpan dan punca pendapatan mereka selain dari padi.
Kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jika dibandingkan dengan penduduk Belaga yang telah dipindahkan oleh kerajaan untuk pembangunan Empangan Bakun. Pihak kerajaan harus prihatin dengan nasib penduduk yang akan dipindahkan akibat pembangunan empangan- empangan . Orang kaya terus kaya dan orang miskin tertindas untuk selamanya.

Monday 18 July 2011

Police and Custum Officer hold NGO indentification Card at airport.

3 NGOs checked beg by the police and customs officers at the airport KK on 8th July 2011 at 7.00 am upon their arrival from Miri. According to that Mdm Hellan Empaing, she was surprised with the hassless of customs officers at the international airport Miri hold her identification cards and Tickets flight, by asking questions to which she intended to go.  Mdm Hellan had to wait about half an hour for customs officers on duty to contact the OCPD, because according to them in the computer system there is a warning that says Mdm action and "doubt". OCPD officers also scan Mdm Hellan IC and record a few notes on a piece of blue paper. They also asked several questions, including: when was  the last time Mdm Hellan out of the state to overseas? But when Mdm Hellan will ask Mdm retention factor, they refused to respond.
On they arival at Kota Kinabalu Airport, the Special Branch have been waiting for them, Customs officers again responded that Mdm Hellan and her comrades to be addressed. About 30 officers from the Police and special branch beg rummage begs of clothing and all three of them, as if they were carrying prohibited goods.Mdm Hellan on comfortable with their actions make her like a criminal who desperately required, was depored the government. He said: so many crimes happen in Malaysia every hour. Why should the police gathered at the airport waiting for the three of them. And treat them like criminals is required. Police abuse the power and authority given.

KAD PENGENALAN DIRI DI TAHAN DAN BAG DISELONGKAR POLIS.

3 Orang NGO diselongkar bag oleh Pihak Polis dan Pegawai Kastam di airport KK pada 8hb julai 2011 jam 7.00 am setibanya mereka dari Miri. Sebelum itu Pn Hellan Empaing berasa hairan dengan karenah Pegawai Kastam di lapang terbang antarabangsa Mirir menahan Kad Pengenalan diri dan jua Ticket penerbangan dengan bertanyakan soalan ke mana dia ingin pergi. Pn Hellan terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk Pegawai kastam yang bertugas menghubungi OCPD, kerana menurut mereka di dalam system computer terdapat amaran mengatakan Pn Hellan dikenakan tindakan dan "SYAK". Pegawai OCPD turut scan IC Pn Hellan dan mencatatkan beberapa nota ke atas sekeping kertas biru. Mereka juga turut bartanyakan beberapa soalan, antaranya; bila kali terakhir Pn Hellan keluar dari Sarawak ke Luar Negara? Namun apabila Pn Hellan bertanya akan faktor penahanan Pn Hellan, mereka enggan memberikan respon.
Setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, 3 orang Special Branch telah menunggu, sekali lagi Pegawai Kastam menunjukkan respon bahawa Pn Hellan dan rakan-rakanya diberikan perhatian. Lebih kurang 30 orang Pegawai Polis dan special Branch menyelongkar bag pakaian dan semua bag mereka bertiga, seolah-olah mereka ada membawa barang terlarang.
Pn Hellan yang tidak selesa dengan tindakan mereka membuatkan dia seperti orang penjenayah yang sangat-sangat dikehendaki, berasa kesal dengan tindakan kerajaan mahupun pihak pemerintah. Katanya: begitu ramai kes-kes jenayah berlaku di Negara Malaysia setiap jam. Mengapa pula Polis berhimpun di airport menunggu kedatangan mereka bertiga? Dan memperlakukan mereka seperti penjenayah yang sangat dikehendaki. Polis salah gunakan kuasa. 

Sunday 17 July 2011

TANAH KAMI, KEHIDUPAN KAMI


Pada 6 July 2011, LAND AND SERVEY DEPARTMENT MIRI DIVISION, telah membuat dialog dengan penduduk kampong di Lio Mato. Menurut pihak Land and Servey , penduduk Baram khasnya Lio Mato harus memberi sokongan dan sehati dengan pihak land and servey agar memudahkan  membuat primeter untuk tanah NCR.
Bagi pihak penduduk – penduduk Baram dan saya sebagai anak Baram yang dilahirkan di sebuah kampong di Ulu Baram. Kami penduduk- penduduk Baram tidak puasa hati sekiranya kerajaan tidak mendengar suara dan keluhan kami tentang penyukatan NCR, pemakai menua (territorial domain), temuda (farms) dan Pulau Galau (communal forests kami.
BARU, penyataan diberi oleh beliau “ I think the State government should change and give full acknowledgement to the NCR Land according to the court interpretation and decisions”. Beliau sangat prihatin tentang nasib yang dalami oleh kami orang Ulu berkaitan dengan Harta kami” Tanah “ sebab ianya “ Tanah “ adalah KEHIDUPAN kami. Sekiranya kami kehilangan harta pusaka dimanakah kami hidup lagi dan sekiranya ada orang yang menjual biji Tanah, kami sanggup untuk berkerja keras demi untuk mendapat biji Tanah dan ditanam untuuk menggantikan tanah kami yang telah dirampas oleh pihak kerajaan Sarawak.
Mengikut seorang penduduk kampong dari Ulu Baram, dia tidak setuju dengan “ Perimeter servey ”. yang dilakukan oleh pihak berkuasa ( kerajaan ) untuk mereka. Beliau beri komin lagi, perjalanan selama 2 atau 3 hari berjalan kaki adalah masih tanah kepunyaan mereka. Kerajaan hanya mengenal dan memberi pengesahan tanah yang diusahakan selepas 1957, oleh itu tanah yang diusahakan sebelum tahun 1957 bukan dimiliki oleh penduduk kamung masing- masing.
Penduduk Baram setuju dengan pembangunan dari  pihak kerajaan akan tetapi pembangunan harus dilakukan dengan adil dan BERSIH. Kami mahu perundingan  dengan penduduk kampung masing- masing bukan dengan Ketua- Ketua kaum atau dengan Ketua- Ketua kampung saja. Sekiranya  dilakukan dengan pihak tertentu  penduduk kampung tentu tidak puasa hati takut ada udang disebalik batu. Kami mahukan harta yang dimiliki oleh nenek moyang kami diberi kembali kepada  kami dan kepada anak cucu kami dikemudian hari. Hanya itulah harta yang sangat berharga yang dimiliki oleh nenek moyang kami turun temurun yang tidak dapat dijual beli kepada pihak kerajaan ataupun kepada compani- compani yang datang mencari makan di kawasan kami. Sekiranya pihak kerajaan ingin mengusahakan,dalam kata lain memberi pembangunan kepada penduduk kampung, pihak kerajaan harus jujur dan bersih, demi untuk kehidupan kami semua. Pihak Kerajaan haus bertimbang rasa dengan kami terutama tentang HAK MILIK kami “ TANAH KAMI, KEHIDUPAN KAMI.

Thursday 7 July 2011

Anak muda berhijrah ke Bandar demi untuk mencari kehidupan yang lebih baik

Sarawak- kebanyakan rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman kosong kerana kebanyakan anak muda terpaksa berhijrah ke Bandar demi mencari pekerjaan yang lebih baik. Kurang 70% daripada penduduk yang masih tinggal di rumah panjang, dan kebanyakanya adalah golongan tua dan juga mereka yang masih bersekolah.
Petikan akbar the Star pada 14 Jun 2011, mengatakan bahawa “No Jobs for Us, Complain local.” Salah satu contoh mengapa kaum muda terpaksa meninggalkan kampung halaman. Pembangunan SCORE yang digembar-gemburkan oleh ketua menteri Sarawak dikatakan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk Sarawak, tetapi kebenaranya peluang pekerjaan tersebut bukan untuk penduduk tempatan tetapi semua itu hanya satu kenyataan yang hanya digunakan unruk mengaburi mata rakyat dan dunia.
Kaum Penan di Murum, Belaga, berasa terkilan dengan pembinaan empangan Murum tanpa sebarang rundingan dengan penduduk. Selain menerima nasib akan dipindahkan tempat tinggal dan juga kehilangan tanah, Hutan, sumber makanan dan sungai, mereka juga tidak diberikan peluang pekerjaan di tapak empangan tersebut, dengan alas an bahawa kaum Penan tidak sekolah dan tidak tahu membaca dan menulis. Menurut salah seorang pemuda Penan, setakat bekerja sebagai pengawal keselamatan di pintu pagar, sebenarnya bukan la sukar untuk dilakukan tanpa tahu membaca dan menulis. Kebanyakkan yang datang bekerja di tapak projek empangan tersebut adalah orang luar yang terdiri dari warga cina dari Negara China.

Di kawasan perladangan kelapa sawit, kaum Orang Asal juga semakin mengalami kesempitan hidup, apabila mereka yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit tersebut hanya menerima gaji sebanyak RM13-14 sehari. Sekiranya mereka diterima sebagai penyelia ladang gaji yang ditawarkan sekitar RM800-RM1000. Dengan kos hidup yang terlalu tinggi terutamanya di kampung harga barang makan, minyak yang berlipat ganda, anak-anak muda membuat keputusan berhijrah ke Bandar demi untukl mencari pendapatan yang lebih baik.
Selain itu, kekurangan kemudahan infrakstruktur yang, juga faktor anak-anak muda ini berlumba-lumba berhijrah ke bandar.


saranan:
1) kerajaan harus mengesa syarikat yang mengusahakan sebarang bentuk pembangunan di tanah milik Orang Asal(NCR) wajib memberikan peluang pekerjaan yang utama bagi penduduk kampung dengan bayaran gaji yang setimpal.
2) selain itu, kemudahan infrastruktur dan juga kemudahan komunikasi harus dibina di kawasan-kawasan luar bandar khasnya dikawasan pedalaman atau kawasan ulu.
3) Jalan raya sebagai penghubung juga harus dibina dan dibaik pulih sentiasa oleh pihak jabatan kerja Raya dengan budget yang diperuntukan.