Tuesday, 26 July 2011

LAWATAN BERMESRA DENGAN RAKYAT

Pada petang khamis, 21 Julai 2011, wakil rakyat Piasau Yang Berhormat Alan Ling telah membuat lawatan bermesra  dengan rakyat di Pulau Melayu. Walaupun beliau terlalu sibuk dengan tugas harian sebagai wakil rakyat dan peguam, beliau tetap meluangkan masa beliau untuk mengunjungi rakyat-rakyat di Kampung Pulau melayu, Kampung Pasir , Lutong dan diKampung Merikan lutong. Beliau mengunjungi mereka dari rumah ke rumah dan menanyakan berita dan menanyakan masalah mereka ditempat masing.
Walaupun dengan bertanyakan khabar, ianya cukup menyenangkan hati rakyat dapat bermesra dengan wakil rakyat mereka.Beliau juga sanggup mendengar keluhan dari rakyat Kampung pasir, Kampung Pulau Melayu dan Kampung Merikan dan sedia membantu untuk membawa aduan- aduan mereka kepada pihak tertentu.Sambil beliau bersalam- salaman dengan penduduk di Kampung Pulau Melayu, Kampung Psair, Lutong dan Kampung Merikan, Lutong, beliau edarkan akhbar ROCKET. Akhbar yang diedarkan oleh beliau bertajukkan RAKYAT VS TAIB. Dalam lawatan itu penduduk mengadu tentang masalah yang mereka tidak ada bekalan elektrik dan air. Kedua- dua sumber asas ini sangat diperlukan untuk meneruskan kehidupan harian contohnya tidak ada bekalan elektrik menyusahkan anak mereka untk membuat ulangkaji diwaktu malam.Pihak kerajaan telah berjanji untuk memberi bantuan untuk penyabuungan bekalan air dan elektrik untuk kampung Pasir, Lutong dan Kampung Merikan akan tetapi sampai sekarang belum ada (janji tak ditunaikan ). Mereka tergolong dalam keluarga miskin.
Rakyat didahulukan itu selogan kata yang dilaungkan oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA akan tetapi ramai rakyat yang tertindas. Pihak tertentu sahaja yang merasakan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan.JOM UBAH SARAWAK.

No comments:

Post a Comment