Sarawak- kebanyakan rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman kosong kerana kebanyakan anak muda terpaksa berhijrah ke Bandar demi mencari pekerjaan yang lebih baik. Kurang 70% daripada penduduk yang masih tinggal di rumah panjang, dan kebanyakanya adalah golongan tua dan juga mereka yang masih bersekolah.
Petikan akbar the Star pada 14 Jun 2011, mengatakan bahawa “No Jobs for Us, Complain local.” Salah satu contoh mengapa kaum muda terpaksa meninggalkan kampung halaman. Pembangunan SCORE yang digembar-gemburkan oleh ketua menteri Sarawak dikatakan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk Sarawak, tetapi kebenaranya peluang pekerjaan tersebut bukan untuk penduduk tempatan tetapi semua itu hanya satu kenyataan yang hanya digunakan unruk mengaburi mata rakyat dan dunia.
Kaum Penan di Murum, Belaga, berasa terkilan dengan pembinaan empangan Murum tanpa sebarang rundingan dengan penduduk. Selain menerima nasib akan dipindahkan tempat tinggal dan juga kehilangan tanah, Hutan, sumber makanan dan sungai, mereka juga tidak diberikan peluang pekerjaan di tapak empangan tersebut, dengan alas an bahawa kaum Penan tidak sekolah dan tidak tahu membaca dan menulis. Menurut salah seorang pemuda Penan, setakat bekerja sebagai pengawal keselamatan di pintu pagar, sebenarnya bukan la sukar untuk dilakukan tanpa tahu membaca dan menulis. Kebanyakkan yang datang bekerja di tapak projek empangan tersebut adalah orang luar yang terdiri dari warga cina dari Negara China.
Di kawasan perladangan kelapa sawit, kaum Orang Asal juga semakin mengalami kesempitan hidup, apabila mereka yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit tersebut hanya menerima gaji sebanyak RM13-14 sehari. Sekiranya mereka diterima sebagai penyelia ladang gaji yang ditawarkan sekitar RM800-RM1000. Dengan kos hidup yang terlalu tinggi terutamanya di kampung harga barang makan, minyak yang berlipat ganda, anak-anak muda membuat keputusan berhijrah ke Bandar demi untukl mencari pendapatan yang lebih baik.
Selain itu, kekurangan kemudahan infrakstruktur yang, juga faktor anak-anak muda ini berlumba-lumba berhijrah ke bandar.
saranan:
1) kerajaan harus mengesa syarikat yang mengusahakan sebarang bentuk pembangunan di tanah milik Orang Asal(NCR) wajib memberikan peluang pekerjaan yang utama bagi penduduk kampung dengan bayaran gaji yang setimpal.
2) selain itu, kemudahan infrastruktur dan juga kemudahan komunikasi harus dibina di kawasan-kawasan luar bandar khasnya dikawasan pedalaman atau kawasan ulu.
3) Jalan raya sebagai penghubung juga harus dibina dan dibaik pulih sentiasa oleh pihak jabatan kerja Raya dengan budget yang diperuntukan.
No comments:
Post a Comment