Ketua Kaum dari setiap daerah maupun setiap kampung harus memainkan peranan yang sangat penting untuk rakyat masing- masing. Mereka inilah harapan yang menentukan nasib sesebuah daerah dan kampung. Ketua kaum ataupun ketua kampung harus bijak memikirkan masa depan setiap kampung mereka. Mereka kerap kali diberi (course) oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang cara- cara yang sangat berkesan untuk mengaburi mata rakyat. Mereka dilantik dan dipilih oleh kerajaan untuk mendekati rakyat dan menggunakan mereka untuk mendapat hak milik raykat seperti Tanah.Pihak tersebut menakut- nakutkan mereka, sesiapa yang tidak mengikut peraturan mereka akan dihentikan dari Jawatan yang dipegang oleh mereka sebagai ketua kaum mahupun ketua kampung.
Mereka harus bijak dan selidiki dengan teliti semua pekara yang diberi oleh kerajaan untuk mereka seperti projek pembangunan di Baram, Empangan Baram.Mereka harus pandai menilai apa yang terbaik untuk rakyat meraka demi untuk masa depan setiap orang. Apakah mereka ini telah dibrain wash oleh pihak berkuasa? Kenapa mereka tidak mengetahui tentang kejahatan yang telah ditimpa oleh rakyat Belaga selama ini? Mereka harus mempertahankan hak milik mereka seperti mempertahankan tanah mereka dari dicerobohi oleh pihak luar ataupun pihak kerajaan untuk membina Empangan di kawasan Baram. HAI KETUA- KETUA KAUM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG, Bangun untuk mempertahankan hak milik kita dan kita akan kehilangan segalanya dalam masa yang sangat singkat lagi.
Kita bukan melawan kerajaan akan tetapi kita melawan sebab pihak tetentu menipu rakyat dan semua kekayaan kita di kawasan ulu akan dan telah di miliki oleh yang berkuasa penuh di Sarawak seperti Ketua menteri Sarawak. Di manakah SUARA RAKYAT yang disampaikan oleh pihak yang betul betul mahu membantu rakyat seperti ( DAP ), ( PKR ), ( NGO) dan sebagainya. Apa yang dilaungkan oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA - rakyat didahulukan akan tetapi rakyat- rakyat sangat sedih dan tak senang hati sebab sekarang MENTERI- MENTERI DAN KETUA MENTERI DIDAHULUKAN. Marilah kita sebagai rakyat jelata yang mempunyai hak di Malaysia terutamanya orang ulu di Sarawak.JOM UBAH SARAWAK
No comments:
Post a Comment