Pada 6 July 2011, LAND AND SERVEY DEPARTMENT MIRI DIVISION, telah membuat dialog dengan penduduk kampong di Lio Mato. Menurut pihak Land and Servey , penduduk Baram khasnya Lio Mato harus memberi sokongan dan sehati dengan pihak land and servey agar memudahkan membuat primeter untuk tanah NCR.
Bagi pihak penduduk – penduduk Baram dan saya sebagai anak Baram yang dilahirkan di sebuah kampong di Ulu Baram. Kami penduduk- penduduk Baram tidak puasa hati sekiranya kerajaan tidak mendengar suara dan keluhan kami tentang penyukatan NCR, pemakai menua (territorial domain), temuda (farms) dan Pulau Galau (communal forests kami.
BARU, penyataan diberi oleh beliau “ I think the State government should change and give full acknowledgement to the NCR Land according to the court interpretation and decisions”. Beliau sangat prihatin tentang nasib yang dalami oleh kami orang Ulu berkaitan dengan Harta kami” Tanah “ sebab ianya “ Tanah “ adalah KEHIDUPAN kami. Sekiranya kami kehilangan harta pusaka dimanakah kami hidup lagi dan sekiranya ada orang yang menjual biji Tanah, kami sanggup untuk berkerja keras demi untuk mendapat biji Tanah dan ditanam untuuk menggantikan tanah kami yang telah dirampas oleh pihak kerajaan Sarawak.
Mengikut seorang penduduk kampong dari Ulu Baram, dia tidak setuju dengan “ Perimeter servey ”. yang dilakukan oleh pihak berkuasa ( kerajaan ) untuk mereka. Beliau beri komin lagi, perjalanan selama 2 atau 3 hari berjalan kaki adalah masih tanah kepunyaan mereka. Kerajaan hanya mengenal dan memberi pengesahan tanah yang diusahakan selepas 1957, oleh itu tanah yang diusahakan sebelum tahun 1957 bukan dimiliki oleh penduduk kamung masing- masing.
Penduduk Baram setuju dengan pembangunan dari pihak kerajaan akan tetapi pembangunan harus dilakukan dengan adil dan BERSIH. Kami mahu perundingan dengan penduduk kampung masing- masing bukan dengan Ketua- Ketua kaum atau dengan Ketua- Ketua kampung saja. Sekiranya dilakukan dengan pihak tertentu penduduk kampung tentu tidak puasa hati takut ada udang disebalik batu. Kami mahukan harta yang dimiliki oleh nenek moyang kami diberi kembali kepada kami dan kepada anak cucu kami dikemudian hari. Hanya itulah harta yang sangat berharga yang dimiliki oleh nenek moyang kami turun temurun yang tidak dapat dijual beli kepada pihak kerajaan ataupun kepada compani- compani yang datang mencari makan di kawasan kami. Sekiranya pihak kerajaan ingin mengusahakan,dalam kata lain memberi pembangunan kepada penduduk kampung, pihak kerajaan harus jujur dan bersih, demi untuk kehidupan kami semua. Pihak Kerajaan haus bertimbang rasa dengan kami terutama tentang HAK MILIK kami “ TANAH KAMI, KEHIDUPAN KAMI.
No comments:
Post a Comment