Pada 26 April 2011, sebuah akbah berita , Utusan Borneo menyatakan tentang Isu Tanah, Rakyat tidak perlu rada menggelabah sebagai Tuan punya tanah rakyat harus menggelabah sebab harta milik tuan punya akan dirampas dalam kata lain tanah rakyat ( NCR ) akan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan atas alasan kerajaan ingin mengubah dan memberi pembangunan kepada rakyat terutamanya pada kaum Bumiputera Sarawak.
Perjumpaan saya dengan penduduk kampung dari Ulu Baram terutama dari kampung Long Palai yang akan dipindahkan akibat Empangan Baram, servey yang dilakukan ( perimeter ) oleh kerajaan mengikut sukatan yang dikehenhaki oleh pihak kerajaan sendiri bukan sukatan dari penduduk kampung tersebut.
Mengikut perimeter servey, tanah yang diusahakan selepas 1957 adalah milik penduduk kampung akan tetapi penduduk kampung juga mahukan tanah yang diusahakan sebelum 1957 pun dimiliki oleh mereka, dalam kata lain tanah yang diusahakan oleh nenek moyang pun harus dimiliki oleh penduduk kampung tersebut.Ramai penduduk kampung tidak setuju dengan perimeter yang dilakukan oleh pihak servey mahupun pihak kerajaan sendiri.KAMI ANAK SARAWAKyang MEMILIKI BUMI KENYALANG. Akbar pada 15 julai 2011, menyatakan terdapat 9 Empangan di seluruh Sarawak. Empangan tersebut terdapat: 2 Empangan di kawasan kapit, 4 Empangan di Belaga, 1 di kawasan Baram, 1 di kawasan Limbang dan satu lagi di kawasan Lawas.
Kesembilan Empangan itu akan memusnahkan harapan penduduk masing- masing.
Kerajaan Sarawak telah menjanjikan pada penduduk di Belaga terutamanya mereka yang dipindahkan, mereka akan menerima bekalan air dan elektrik dengan percuma akan tetapi janji tidak ditunaukan atau janji Kosong.Apalah nasib mereka sudah jatuh ditimpa tangga.Apakah ini satu arus pembangunan yang kita banggakan selama ini?? Dengan pembayaran bil air dan elektrik , sangat membebankan kepada keluarga- keluarga yang dipindahkan, selain dari itu mereka menggadu tidak tempat untuk mereka berkebun, dengan adanya kebun dapatlah meringankan beban dari membeli sayur.
Apakah nasib yang sama akan berulang pada penduduk yang dimana Empangan - Empangan yang akan di usahakan oleh Pihak kerajaan??? Tentu nasib yang sama akan terjadi...........Penduduk mula rasa gelesa, takut dan risau akan harta nenek moyang mereka akan dimiliki oleh pihak Kerajaan sepenuhnya. Melainkan Tanah, tanaman mereka seperti kebun getah ( sangat berharga ), pokok-pokok buahan mereka akan dimusnahkan. Perkuburan akan di munsnahkan sepenuhnya. Tanah nenek moyang kami dirampas dan perkeburan nenek moyang kami pun dttenggelami air. Di manakah nasib kami, sudah jatuh ditimpa tangga, inilah nasib kami Bumiputera( orang Ulu ).Penduduk Baram telah diberi projek Getah supaya penduduk kampung dapat meningkatkan tahap hidup mereka. Penduduk kampung sangat bangga dan gmbira kerana masih dapat mengusahakan kebun getah mereka dan pendapatan mereka sebulan dalam lingkungan RM 1,500. Dengan pendapatan yang sebanyak itu mereka dapat menyimpan dan punca pendapatan mereka selain dari padi.
Kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jika dibandingkan dengan penduduk Belaga yang telah dipindahkan oleh kerajaan untuk pembangunan Empangan Bakun. Pihak kerajaan harus prihatin dengan nasib penduduk yang akan dipindahkan akibat pembangunan empangan- empangan . Orang kaya terus kaya dan orang miskin tertindas untuk selamanya.
No comments:
Post a Comment