Monday, 18 July 2011

KAD PENGENALAN DIRI DI TAHAN DAN BAG DISELONGKAR POLIS.

3 Orang NGO diselongkar bag oleh Pihak Polis dan Pegawai Kastam di airport KK pada 8hb julai 2011 jam 7.00 am setibanya mereka dari Miri. Sebelum itu Pn Hellan Empaing berasa hairan dengan karenah Pegawai Kastam di lapang terbang antarabangsa Mirir menahan Kad Pengenalan diri dan jua Ticket penerbangan dengan bertanyakan soalan ke mana dia ingin pergi. Pn Hellan terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk Pegawai kastam yang bertugas menghubungi OCPD, kerana menurut mereka di dalam system computer terdapat amaran mengatakan Pn Hellan dikenakan tindakan dan "SYAK". Pegawai OCPD turut scan IC Pn Hellan dan mencatatkan beberapa nota ke atas sekeping kertas biru. Mereka juga turut bartanyakan beberapa soalan, antaranya; bila kali terakhir Pn Hellan keluar dari Sarawak ke Luar Negara? Namun apabila Pn Hellan bertanya akan faktor penahanan Pn Hellan, mereka enggan memberikan respon.
Setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, 3 orang Special Branch telah menunggu, sekali lagi Pegawai Kastam menunjukkan respon bahawa Pn Hellan dan rakan-rakanya diberikan perhatian. Lebih kurang 30 orang Pegawai Polis dan special Branch menyelongkar bag pakaian dan semua bag mereka bertiga, seolah-olah mereka ada membawa barang terlarang.
Pn Hellan yang tidak selesa dengan tindakan mereka membuatkan dia seperti orang penjenayah yang sangat-sangat dikehendaki, berasa kesal dengan tindakan kerajaan mahupun pihak pemerintah. Katanya: begitu ramai kes-kes jenayah berlaku di Negara Malaysia setiap jam. Mengapa pula Polis berhimpun di airport menunggu kedatangan mereka bertiga? Dan memperlakukan mereka seperti penjenayah yang sangat dikehendaki. Polis salah gunakan kuasa. 

No comments:

Post a Comment