RAKYAT ADALAH MAJIKAN, KERAJAAN HANYA PENGURUS.
Menteri Muda Perancangan Sumber negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan projek yang dirancang menjadi tergendala malah lewat disiapkan daripada jadual asal.
Rakyat berhak untuk menyokong atau membantah apa-apa tindakan kerajaan sebab “ Majikan kepada kerajaan adalah rakyat Malaysia yang menjadi pengundi dan pembayar cukai. Kerajaan yang memungut cukai dari rakyat memperuntukan sebahagian hasil itu kepada polis untuk berkhidmat demi rakyat dan bukan untuk kepentingan–kepentingan politik pihak tertentu..
Kerajaan UMNO- Barisan Nasional pula bukanlah tuan, sebaliknya hanyalah “ pengurus” yang dipilih oleh rakyat. Jika kerajaan dipilih dalam pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil, maka kerajaan itu tidak sah dan ianya bukan sebuah system yang bersifat demoktratik. Maka rakyat sebagai majikan atau boss bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan ini.
Rakyat telah memilih dan menaruh sepenuh kepercayaan kepada menteri- menteri atau wakil rakyat masing – masing untuk menguruskan kebajikkan untuk mereka. Rakyat sekarang bukannya seperti zaman nenek moyang kita dahulu. Malahan rakyat sekarang mempunyai kebijaksanan dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bagaimana kerajaan memtabdirkan atau menguruskan wang rakyat.
Selama 46 tahun Sarawak telah didalam Malaysia, selama itu juga Kerajaan BN memerintah. Memang tidak dinafikan kerajaan telah membuat pembaungnan ynag pesat akan tetapi apakah rakyat benar- benar merasakan kemewahan yang sebenarnya?.
Beliau (Datuk Mohd. Naroden Majais), telah mempersoalkan tentang Ketua Menteri, menteri- menteri atau wakil rakyat telah merampas tanah. Kenyataan telah dinyatakan oleh beliau sendiri dan sekiranya ianya tidak terjadi mengapakah beliau harus bimbang tentang tuduhan – tuduhan yang dianjurkan oleh rakyat?.
Rakyat telah mengalami dan tahu bagaimana kerajaan ini telah memperalatkan majikan untuk kepentingan sesetengah pihak.
Proses pemberian tanah kepada rakyat sangat–sangat mengirukan untuk rakyat. Perimeter survey dan perjanjian dilakukan dengan orang kampong apa yang terjadi sebaliknya syarikat lain yang datang untuk mengusahakan tanah tersebut. Banyak telah terjadi di perkampungan orang Iban, Bidayuh, kenyah, kayan, penan, kiput, Berawan dan termasuk dikawasan pendalaman.Bantulah rakyat dengan secara jujur dan telus. Rakyat berhak untuk mengetahui kemana arah tuju wang rakyat.
No comments:
Post a Comment