Monday, 28 November 2011

Apa akan terjadi pada penduduk Baram.

Apa akan terjadi pada penduduk Baram.
Rancangan dan Hasrat kerajaan untuk menwujudkan peluang pekerajaan kepada penduduk luar Bandar sangat dialu- alukan tetapi apakah feadah yang dapat kepada penduduk setempat sekiranya hanya segelintir saja yang dapat pekerajaan disitu.
Pada ADUN yang lalu BN Sarawak telah mencadangkan bahawa kerajaan ngeri akan membina sebuah padang golf di kawasan Baram demi untuk meningkatkan peluang pekerajaan untuk komuniti kaum kenyah, kayan dan penen di kawasan Telang Usan. Adun Telang Usan ( Dennis ) berkata bahawa padang golf di Baram yang didominasi oleh kaum bukan sahaja mewujudkan peluang pekerajaan tetapi juga meningkatkan infrastruktur dan pembangunan pelancongan.
Saya sebagai seorang penduduk Baram menolak cadangan Dennis Ngau Adun Telang untuk membina padang golf di Baram kerna kami penduduk di Baram memerlukan infrastruktur serta kemudahan asas di kampung kami bukannya padang permainan yang hanya untuk golongan elit saja. Kami mahu wakil Rakyat kami untuk menuaikan janiji mereka untuk membangunan kampung kami dengan kemudahan asas bukan hanya beri janji- janji kosong apabila mereka bersidang di Dewan negeri.
Masalah yang pertama yang dihadapi dan ditakuti oleh semua penduduk Baram belum lagi diselesaikan( Baram Dam ). Penduduk Baram menentang keras tentang pembinaan Empangan Baram sepenuhnya. Mantan Yb Telang Usan Lihan Jok telah menyatakan Empangan Baram dikurniakan oleh Tuhan kepada penduduk Baram. Dalam Adun yang lepas Dennis ( wakil Rakyat Baram ) telah menyatakan padang golf memberi pekerajaan untuk orang Ulu. Penduduk Baram harus ingat pelancong dari luar datang ke Sarawak bukan untuk bermain golf akan tetapi lebih kepada menikmati alam sekitar yang hijau dan keindahan alam semulajadi yang indah di Sarawak khasnya di kawasan Baram.
Ada beberapa sebab mengapa kami penduduk Baram tidak memerlukan padang golf di Baram.Sebab yang pertama ialah Tanah NCR dirampas oleh pihak kerajaan BN, pokok- pokok, tanah perkuburan akan dimusnahkan akibat pembinaan padang golf yang memerlukan kawasan yang agak luas.Seterusnya Ia akan memberi keuntungan kepada orang kaya BN mahupun kepada yang berkuasa. Para korporat akan mengeksloitasi tenaga orang tempatan kerna ramai di antara mereka tidak mempunyai pendidikkan dan bersekolah tinggi. Hanya segelintir saja yang akan menikmati hasil padang golf dan Empangan Baram ini sedangkan ramai penduduk tempatan hanya menjadi kuli pihak yang mengusahkannya.
Padang golf tersebut tidak memberi banyak manafaat serta keuntungan kepada peduduk tempatan selain menjadi bahan pamaran untuk para pelancong asing yang melawat kawasan kami. Perubahan tingkah laku serta budaya asing yang di bawa oleh pelancong dari luar akan mempengaruhi anak muda orang ulu seterusnya budaya dan adat resam orang tempatan akan hilang akibat terpengaruh dengan budaya asing yang tidak sesuai dengan adat resam budaya tempatan.( Keruntuhan aklak). Kerajaan harus memikirkan masa depan penduduk tempatan bukannya memberi projek kampung kami kepada syarikat swasta atau kroni BN saja. Walaupun kita sering kali mendengar pihak kerajaan mengatakan mereka telah memperuntukkan berjuta- juta ringgit untuk penduduk luar Bandar tapi hasilnya hanya dinikmati oleh golongan yang tertentu saja bukan kepada mereka yang memerlukannya. Kerajaan hendaklah berlaku adil untuk kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.Rakyat harus didahulukan.

No comments:

Post a Comment