Thursday, 29 September 2011

Apa yang baik datangnya dari Tuhan,

Ini bukan anugerah daripada Tuhan, tetapi ianya sangat mejejaskan kehidupan penduduk Baram and ianya juga hasil dari ketamakan manusia juga sumpah dari neraka.Penduduk di lembah Sungai Baram gagal untuk memahami bagaimana empangan yang menceroboh tempat kediaman mereka sejak zaman nenek moyang lagi menjadi " anugerah Tuhan " dalam mulut Yang Berhormat.
Tiada dasar yang lengkap digubah untuk menjamin mereka yang dipaksa pindah. Orang asli yang kehilangan tanah bagaikan kehilangan akar, menjadi mangsa yang terkorban dalam laungan slogan pembangunan oleh kerajaan. Walaupun tinggal jauh di pendalam orang asli yang duduk di lembah Sungai Baram tahu sedikit sebanyak mengenai projek Empangan Bakun. Maka untuk sestengah daripada mereka, penyelesaian dengan perpindahan dan pampasan tidak diterima sama sekali. Lihat kepada 1,700 keluarga atau hampir 10 ribu penduduk yang terpaksa berpindah ke Sungai Asap kerana Empangan Bakun, mereka lebih sanggup untuk mengekalkan satutus quo.
Mengumpulkan penduduk yang berselerak di hulu Sungai Rejang ke Sungai Asap, setiap keluarga mendapat sebuah rumah dengan tanah, malah bekalan air dan elektirk. Tawaran sedemikian seolah-olah seiring dengan langkan menuju ke " tamadun moden ", tetapi akirnya penduduk kaum asli lebih sanggup untuk meninggalkan kawasan penempatan semula itu, dan kembaliske halaman rumah asal mereka.
Empangan Bakun memberi pengajaran untuk Penduduk Baram.
Philip Jau, Chairman, Jawatankuasa Perlindungan Rakyat Baram, yang membantah Empangan Baram berkata, menurut Borneo Poast pada 6 Nov,setelah bekas wakil rakyat, Nyipa Batok melihat keadaan Sungai Asap sekarang, beliau menukar pendiriannya yang sebelum ini menyokong Empangan Bakun. Beliau memberitahu Kerajaan mereka yang berpindah ke Sungai Asap tidak mempunyai masa depan. Masa depan mereka gelap. Kerajaan tidak mengotakan janji. Menurut perjanjian antara penduduk dengan kerajaan, penghundi yang berpindah ke Sungai Asap tidak perlu membayar bil bekalan air dan eletrik. Di samping itu mereka boleh mendapat rumah yang percuma. Namun mereka kini perlu membayar pinjaman rumah sebanyak rm52.000. Apa telah terjadi pada Janji kerajaan kepada mereka?
 Orang di kawasan Murum memaklumkan kepada beliau, ramai orang yang berpindah ke Sungai Asap telah meninggalkan tempat itu sebelum hutang dijelaskan. Kerana mereka langsung tidak mampu untuk membiayai bil eletrik dan air. apatalah lagi pinjaman rumah? Sememangnya selain gagal menjelaskan hutang, pertumbuhan populasi secara mendadak turut menyumbang kepada perpindahan penduduk dari Sungai Asap.Menurut laporan yang dikemukakan oleh Colin Nicholas dari Center for Orang Asli Concerns pada tahun 2001, penduduk kampung telahbertumbuh dengan kadar yang tinggi, iaitu 40% sehingga tahun 2001. Rumah yang diperuntukkan kepada orang tidak mencukupi. Selain itu, lapoaran tersebut juga mendakwa bahwa tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada orang asli unutk kegunaan pertanian tidak sesuai untuk tanman kerna tanahnya tidak subur. Isu perpindahan langsung tidak wujud, kerana kami tak mahu emangan. Walaupun projek empangan belum di mulakan secara rasminya tetapi penghuni di lembah Sungai Baram telah memulakan pampen bantahan.
Pada masa yang sama penghuni memdapati bahawa sebelum pembinaan empangan dimulakan, malah sebelum kerajaan memaklumkan kepada rakyat, syarikat kontraktor yang membuat kajian telah memagari tempat tersebut. Projek empangan tetap dengan langkahnya tanpa mengendahkan hak rakyat untuk mengetahui. Rakyat Baram mencadangkan kepada kerajaan, Hentikanlah segera usaha untuk mencari tempat pembinaan empangan. Jangan bazirkan wang rakyat lagi. Biarlah wang dibelanjakan di tempat yang memanfaatkan rakyat, misalnya membina lebid banyak empanagn mikro.Lebih daripada 50 perkampungan di lembah Sungai Baram adalah tempat yang tiada bekalan eletrik dan air. Malah di tempat masuk ke kawasan hulu Sungai Baram, iaitu pekan lapok, peniaga hanya dapat mengumpul air hujan dan menjana eletrik sendiri.
Persamaan yang dikongsi dalam pekan dan kampung ini adalah, tong air besar berwarna biru yang boleh menampung dua atau tiga orang dewasa, dan penjana eletirk yang membingitkan telinga. Malah kampung yang lebih miskin seperti Penan hanya mampu menangguk air perigi dan menyalakan lilin. Long Pilah yang terletak di sebelah syarikat Samiling, walaupun tidak dimasukkan kedalam kawasan yang mungkin ditenggelami tetapi berada di sebelah jalan menuju kawasan waduk air.Menurut perancangan, long Pilah juga perlu dipindahkan. Long Pilah ialah satu kawasan rumah panjang kaum kayan, memiliki sebuah sekolah rendah yang mengekalkan rekod kelulusan upsr pada paras 70% ke atas setiap tahun. Sekolah komuniti cini terletak di atas bukti, kecil tapi cantik. Sebelum hari cuti, muridnya bergotong royong membersihkan bilik darjah mereka dengan megahnya menyanyikan lagu sekolahnya .Sekolah rendah yang menjadi titik pertemuan orang kampung ini akan terbiar begitu sahaja kerna empangan. Hujah ADUN Telang Usan, Lihak Jok, beliau kat Empangan Baram adalah anugerah bagi penduduk Baram ini satu sumpaha, sumpah yang datang dari neraka.
Tetapi, ada juga Ketua Kampung yang enggan tampil ke depan untuk menentang " sumpah " ini. Penduduk yakin bahawa semua penduduk lembah Sungai Baram menolak empangan, namun disebabkan tekanan kerajaan mahupun kepentingan yang menggodai, sesetengahnya memilih untuk mendiamkan didi atau membantu kerajaan untuk memperdayakan rakyat di akar umbi.Setakat ini, Philip Jau yang ulang-adik di kawasantengah dan hulu Sungai Baram telah berjaya membantah Empangan Baram. Malah Empangan untuk Murum yang bakal dimulakan telah menerima tentangan 70% hingga 80% penduduk. Apa- apa sebelum dilaksanakan perlu direstui rakyat. Kaum asli yang mempunyai Native Customary Land Rights berhak untuk menolak penggunaan tanah oleh kerajaan unutk pembinaan empangan. Apa yang kami mahu bukanlah banyak, kami hanya mahu hak kami dipandangan berat Kerajaan, mengiktiraf apa yang dimiliki kami. Jangan musnahkan segala-galanya.

No comments:

Post a Comment