Petikkan dari Utusan Sarawak yang menyatakan bahawa pihak pembangkang tidak peka kepada keperluan Rakyat, yang di nyatakan oleh Datuk Lee Kim Shin. Buat pihak pembangkang kami tidak membuat sesuka hati untuk membuat kritikkan akan tetapi pihak kami membuat kritikkan berdasarkan aduan dari Suara Rakyat yang tidak berpuas hati dengan sebahagian projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaa BN. Kualiti projek yang di laksankan sangat membimbangkan kepada rakyat di Bandaraya Miri. Dasar Kami ialah Rakyat Harus Didahulukan.
Menaik taraf Bandaraya, dengan pembangunan untuk rakyat seperti Tandas Awam ( Green Toilet ) di Seberkas yang menelan belanja seratus lebih ribu. Akan tetapi Tandas tersebut yang dibina oleh Kerajaan BN tidak setimpal dengan pembelajaan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan. Harga Tandas yang telah siap hanya menelan belanja hanya lapan puluh lebih ribu sahaja dan kemanakah sebahagian dari peruntukkna tandas awam tersebut? Dengan demikian apakah rakyat berpuas hati dengan Tandas awam tersebut? Tepuk dada tanya selera???.
Kenyataan yang telah dikemukkan oleh pihak BN menyatakan bahwa pihak pembangkang menghilang diri selepas pilihanraya yang lepas itu tidak benar.Pihak pembangkang sentiasa membuat lawatan dari kampung ke kampung untuk menanyakan masalah- masalah yang di alami oleh mereka. Walaupun lawatan itu tidak rasmi akan tetapi lami mengunjungi rakyat rumah ke rumah. Dari lawatan yang sedemikian kami dapat menyelami dan ketahui masalah yang di kemukakan oleh penduduk kampung tersebut. Pembangunan sangat di alu-alukan akan tetapi rakyat juga berhak untuk memberi komen atau kritikan sebab bajet yang digunakan untuk pembangunan adalah duit Rakyat.
Komen yang diberi oleh Lee Kim Shin, hanya kerajaan BN sahaja yang prihatin dengan keperluan rakyat dan ia terbukti apabila rakyat kini sudahpun menikmati pelbagai bentuk kemudahan asa, akan tetapi setelah MIRI menjadi Bandaraya rakyat menikmati kenaikan harga barang yang melambung tinggi. Sekiranya kerajaan BN sangat prihatin dengan keperluan rakyat, mengapa masih ada rakyat yang terbelenggu dalan kemiskinan. Mengapa masih ada yang belum di bekalkan dengan bekalan elektrik dan bekalan air? Berdasarkan tinjauan dan aduan dari kampung Api- api, kampung pasir lutong dan kampung merikan, mereka ini sangat memerlukan bantuan dari pihak kerajaan BN akan tetapi mereka disingkirkan dan permohonan untukmendapatkan bekalan air dan eletrik ditolak serata oleh pihak yang mengaku mereka perihatin. Kritikkan kami berdasarkan keperluan dan aduan dari Rakyat jelata. JOM UBAH.
No comments:
Post a Comment