DAP Miri- David.
MEREDEKAREVIEW: 7 Sept 2011- 04.36pm.
NGO- SAM: Penduduk di Pandan, Bintulu diberi notis untuk mengosongkan Tanah NCR.
Mengapa??- masih ada penindasan terhadap Rakyat yang miskin?
Semenjak dua tahun yang lalu, pihak Sam telah dimaklumkan tentang perkembangan yang sangat membimbangkan berkenaan dengan pembukaan ladang kayu kertas di Bintulu di bawah lesen LPF 1 yang dipegang oleh pihak Jabatan Perhutaan Sarawak sendiri. LPF 1 meliputi kawasan sebesar 480, 600 hektar dan diuruskan oleh Sarawak Planted Forest Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Sarawak.1500,00 hektar daripada kawasan konsesi ini telah diperuntukkan untuk pembukaan ladang kayu kertas acacia mangium dan kerja- kerja pembangunannya dikontrakkan kepada sebuah konsoritium swasta.
Pada Ogao 17, pihak Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu telah memberi notis kepada dua orang penduduk iban dari kampung Rumah Sengok di Sungai Binyo. Pandan untuk mengosongkan dan meninggalkan tanah ladang mereka dalam tempoh tujuh hari. Notis tersebut menyatakan bahawa penduduk tersebut telah memerobohi Tanah Kerajaan yang diperuntukkan bagi projek ini tanpa sebarang kebenaran yang sah dengan meneanam pokok kelapa sawit.
Sebenarnya semenjak bulan Jun 2009 lagi, pihak Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu telah mengeluarkan notis yang sama kepada sekumpulan penduduk yang lain, di Sungai Satai, Pandan. Kami telah dimaklumkan bahawa penduduk Satai dan Binyo tidak pernah memberikan sebarang perdetujuan untuk membenarkan tanah adat diambil bagi tujuan projek perladangan tersebut..Kami berpendapat bahawa kenyataan tentang penduduk di Binyo dan Satai menduduki Tanah Kerajaan tanpa lesen adalah tidak berkenaan di dalam kes ini oleh kerana kami difahamkan bahawa memiliki rekod sejarah tentang hak tanah adat mereka semenjak dari zaman Brooke lagi.
Menurut Mahkamah, hak NCR ini turut meliputi kepentingan pemilikkan harta ( proprietary interest ). Mahkamah telah memutuskan bahawa prinsip-prinsip " common law " sememangnya menghormati kewujudan asal hak-hak ini di bawah adat-istiadat Orang Asal- kewujudan hak tanah adat tidak bergantung kepada undang-undang tergubal ( statute ) kerana ia diperolehi daripada adat dan bukannya dari geran hakmilik atau pengumuman pihak eksekutif, legislatif atau kehakiman. Oleh itu, walaupun penduduk tiada memiliki geran hakmilik, mereka dianggap sebagai pemegang yang sah di atas Tanah Kerajaan.
NGO- Sam berasa amat gusar tentang cara pihak Kerajaan Negeri Sarawak menangani pengurusan projek ini tanpa ketelusan penuh dan perundingan terbuka dengan kampung- kampung terlibat. Kami menentang sekeras-kerasnya arahan mengosongkan tanah ladang mereka tanpa mereka di beri peluang untuk perbincangan terbuka. Kami menggesa Jabatan tersebut untuk menarikbalik notis mengosongkan tanah kepada para penduduk berkenaan. Kami juga menyokong tuntutan para penduduk supaya tanah adat kampung- kampung mereka dikeluarkan daripada projek ini. Apa telah terjadi dengan kerajaan Sarawak sekarang.
No comments:
Post a Comment