Tuesday, 27 September 2011

RAKYAT SARAWAK KAYA TAPI MISKIN

Dengan pertanyaan, ke mana perginya kekayaan hasil balak, minyak dan sumber lain yang dimiliki negeri Sarawak? Kerajaan negeri telah untuk sekian lama berusaha memerangi masalah kemiskinan di Sarawak. Miskinpun telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, namun Sarawak masih berada di tangga ke empat dari bawah dari segi jumlah miskin di negara ini. Dengan kekayaan sumber semula jadi dan pelbagai langkah di laksanakan mengapakah kita masih belum berjaya membanteras masalah kemiskinan? Siapakah yang menguasai dan membolotnya? Ketika terdapat pemimpin kaya raya luar biasa, sebahagian rakyat hidup sederhana dan papa kedana. Misalnya, pada tahun 2009, pendapatan Sarawak hampir rm 3.726 billion, tetapi mengapakah sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan eletrik, air bersih dan jalan raya dan kemiskinan yang parah? Kita tidak boleh membutakan mata kepada realiti, sebagaimana kita menafikan kekayaan kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan. Untuk melihat kedaifan dan kemiskinan sebahagian rakyat Sarawak, kunjungi sahaja rumah orang Melayu, Melanau dan rumah panjang iban yang dalam keadaan begitu daif- dinding, atap dan lantai yang dalam keadaan yang menyedihkan.
Saya sendiri pernah melihat dengan mata sendiri, masih terdapat rakyat yang papa kedana seperti di kampung api- api lutong, kampung Merikan lutong, kampung Pasir lutong, Pujut RTM (3), Pujut Corner dan banyak lagi rakyat yang tergolong dalam kemiskinan. Terdapat juga rakyat yang miskin di kawasan pendalaman. Mereka ini dengan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ironinya, mereka ini merupakan penyokong setia BN yang ditaburkan pelbagai janji menjelang setiap pilihan raya. Penduduk dijanjikan air, bekalan eletrik dan jalan raya berturap. Tetapi janji tinggal janji dan rakyat tetap miskin dan menderita. Memeng, kerajaan memberikan perhatian yang serius terhadap usaha membasmikan kemiskinan terutama di luar bandar dan pendalaman negeri 2.5 juta jiwa ini.Pelbagai projek di laksanakan bagi meningkatkan pendapatan bulanan mereka, terutama dalam kalangan golongan yang miskin tegar.
Ramai pemimpin BN Sarawak amat tak setuju kalau orang kata " Sarawak sebuah negeri miskin " akan tetapi apabila Audit Negara membentangkan laporan 2008/2009 di Parlimen dan menyatakan paras kemiskinan di Sarawak telah meningkat 36% berbanding 2005/2006 hanya 12% sekaligus dianggap salah sebuah negeri termiskin di Malaysia. Kesemua 30 wakil rakyat BN Sarawak di Parliman terkedu, membisu dan geleng kepala dan mereka seolah-olah tak percaya dengan apa yang dibentangkan oleh Audit negara. Namun begitu, inilah hakikatnya sebuah pemerintahan yang kita anggap terbaik selama 47 tahun.

No comments:

Post a Comment