Monday, 30 January 2012

HANYA RAKYAT YANG TANGGUNG BEBAN.

Rakyat perlu menolak pelaksanaan dan perkhidmatan(GST) yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional kerana telah terbukti pemerintah gagal menggunakan wang rakyat secara amanah dan bertanggungjawab.
Kini pun ramai orang tidak mampu mambayar cukai.Statistik menunjukan bahawa 75 peratus daripada pekerja sekarang tidak mampu untuk mambayar cukai pendapatan.Jika GST dilaksanakan semua lapisan masyarakat tidak kira latar belakang dan status kesemuanya terpaksa membayar cukai. Dan sistem percukaian ini tidak adil terutamanya kepada mereka yang miskin.
Begitu juga dengan harga minyak. Apabila harga minyak naik, harga teh tarik pun naik. Tapi bila harga minyak turun, adakah harga teh tarik diturunkan? Teori dan realiti tidak sama. Jika harga barang sudah ditetapkan tinggi, dan pembeli membeli dengan harga tersebut, jika harga kos syarikat, harga jualan barangan tetap tidak akan turun.

No comments:

Post a Comment