Radio Free Sarawak telah menghubungi saya (11.01.2010-Jam 10.10am- 10.20am) dan beliau telah mengemukkan tentang isu masalah setinggan di seluruh negeri Sarawak.
Mengikut statement yang diberi oleh Menteri Perumahan Datuk Amar Abanh Johari Tun Openg, pada 2020 masalah setinggan akan dapat di selesaikan kepada kosong peratus. Beliau menyatakan bahwa pihak beliau terpaksa menunggu keputusan dari kerajaan pusat untuk memberi sokongan, akan tetapi projek tersebut akan di laksakan pada tahun 2013.
Kerajaan berjanji untuk mendirikan " rumah mampu milik" dan "rumah mesra rakyat". Pembinaan rumah mampu milik dan rumah mesra rakyat tidak dilaksakan mengikut cita rasa rakyat yang mendiaminya. Para kontrator mengambil singkat untuk membinakannya. Alat alat yang diguna oleh mereka tidak sesuai dengan apa yang dijanjikan. Contohnya, dinding rumah tersebut seharusnya dibina dengan batu bata akan tetapi para kontrator menukarnya dengan alat lain. Mengapakah pihak tertentu tidak memantau dan memeriksa dengan terliti semasa membina rumah tersebut? Contoh telah terbukit - di Pusa, Limbang dan Sri Aman.
Mengapakah pihak kerajaan harus menunggu pada tahun depan untuk melaksanakan project 19,000 buah "rumah mampu milik" dan " rumah mesra rakyat"? Ini satu cara untuk pihak kerajaan untuk memancing undi rakyat. Apa akan terjadi apabila kerajaan BN tumbang pada PRU 13? Apakah pihak tersebut akan terus dengan project " rumah mampu milik" dan " rumah mesra rakyat"? Seharusnya project tersebut harus dilaksakan pada mula tahun ini supaya rakyat dapat menikmati rumah tersebut.
Di seluruh Sarawak kerajaan telah membina perumahan kos rendah untuk rakyat. Harga seunit mencecah satu ratus lima puluh ribu dan belum termasuk interest tahunan. Harga tersebut sangat membebankan kepada rakyat yang berpendapatan kurang dari seribu ringgit sebulan.
No comments:
Post a Comment