Wednesday, 4 January 2012

JALAN LAPOK HARUS DI PANTAU DAN PERLU DI NAIK TARAFKAN DENGAN LEBIH BAIK.

DAP Piasau: Seramai 6,000 penduduk orang ulu dari 350 rumah panjang dalam Tinjar dan Baram menggunakan jalan raya yang hanya 35.7 kilometer itu.
Sepanjang perjalan menuju ke pekan lapok, Tinjar perlu dinaik tarafkan dengan lebih baik dan sempurna pada setiap masa.
Pengguna jalan lapok telah memberi komen tentang jalan lapok yang menghubungi  setiap kampong yang berada di kawasan Tinjar, kawasan Baram Tengah dan Baram Ulu tidak dijaga dengan baik.
Penduduk Tinjar dan Baram yang baru balik bercuti ke kampong masing masing mendapati jalan yang menghubungi pekan Bakong, Beluru ke pecan Lapok perlu dijaga dan dinaik taraf memnandangkan bahagian- bahagian tertentu telah rosak dan tenggelam air diakibatkan oleh musim hujan.
Kerja- kerja untuk menaik taraf projek jalan terbabit juga meliputi system perparitan untuk memudahan pengairan air ke sumgai terutama semasa hujan.
Selain dari itu penduduk penduduk yang tanah mereka yang dirampas akibat menaik tarafkan jalan tersebut meminta pampasan dari pihak yang kerajaan.
Pengguna jalan tersebut membuat perbandingan tentang jalan lapok dengan jalan kayu balak menuju ke ulu Baram. Ramai yang memberitahu Jalan kayu balak jauh lebih baik daripada jalan lapok yang dinaik tarafkan oleh pihak berkuasa.
Ini sangat menyedihkan kepada rakyat dan penduduk Tinjar dan Baram. Mereka terpaksa melalui jalan yang paling teruk dan membahya kepada keselamatan mereka. Apakan daya itulah satu satunya jalan yang menuju ke kampong halaman mereka.
Rakyat Tinjar dan Baram memohon kepada pihak yang berkuasa atas jalan lapok, tinjar supaya terus membaik pulih keadaan jalan tersebut terutamanya pada musim hujan begini. 

DAP Piasau: Seramai 6,000 penduduk orang ulu dari 350 rumah panjang dalam Tinjar dan Baram menggunakan jalan raya yang hanya 35.7 kilometer itu.
Sepanjang perjalan menuju ke pekan lapok, Tinjar perlu dinaik tarafkan dengan lebih baik dan sempurna pada setiap masa.
Pengguna jalan lapok telah memberi komen tentang jalan lapok yang menghubungi  setiap kampong yang berada di kawasan Tinjar, kawasan Baram Tengah dan Baram Ulu tidak dijaga dengan baik.
Penduduk Tinjar dan Baram yang baru balik bercuti ke kampong masing masing mendapati jalan yang menghubungi pecan Bakong, Beluru ke pecan Lapok perlu dijaga dan dinaik taraf memnandangkan bahagian- bahagian tertentu telah rosak dan tenggelam air diakibatkan oleh musim hujan.
Kerja- kerja untuk menaik taraf projek jalan terbabit juga meliputi system perparitan untuk memudahan pengairan air ke sumgai terutama semasa hujan.
Selain dari itu penduduk penduduk yang tanah mereka yang dirampas akibat menaik tarafkan jalan tersebut meminta pampasan dari pihak yang kerajaan.
Pengguna jalan tersebut membuat perbandingan tentang jalan lapok dengan jalan kayu balak menuju ke ulu Baram. Ramai yang memberitahu Jalan kayu balak jauh lebih baik daripada jalan lapok yang dinaik tarafkan oleh pihak berkuasa.
Ini sangat menyedihkan kepada rakyat dan penduduk Tinjar dan Baram. Mereka terpaksa melalui jalan yang paling teruk dan membahya kepada keselamatan mereka. Apakan daya itulah satu satunya jalan yang menuju ke kampong halaman mereka.
Rakyat Tinjar dan Baram memohon kepada pihak yang berkuasa atas jalan lapok, tinjar supaya terus membaik pulih keadaan jalan tersebut terutamanya pada musim hujan begini. 

No comments:

Post a Comment