Sunday, 8 January 2012

Mencari kehidupan yang lebih baik- ke bandar.

Kehidupan di kampung halaman jauh lebih baik daripada di bandar. Masalah yang di hadapi oleh penduduk di luar bandar ialah satu daripadanya tidak ada infrastruktur yang dapat menghubungi perkampungan di luar bandar.
Orang kampung rajin untuk mengusahkan tanah mereka akan tetapi tidak ada infrastruktur jalan yang baik untuk datang menjual hasil tanaman mereka. Mereka bertikat untuk datang ke bandar untuk mencari rezeki yang lebih untuk menyarakan keluarga mereka masing masing.
Apabila mereka berada di bandar mereka terpaksa mendirikan rumah setinggan di tapak tanah kerajaan. Mereka tidak mampu untuk membeli rumah sebab harga rumah sekarang semakin naik. Akan tetapi gaji mereka jauh lebih rendah yang di miliki oleh gaji orang asing yang berkerja di negara Malaysia.
Kerajaan menyatakan bahawa mereka akan memberi " rumah mesra rakyat" kepada rakyat akan tetapi harga rumah sekarang masih tinggi. Ramai rakyat sarawak( Kaum Dayak) tidak mampu membeli rumah tersebut.

No comments:

Post a Comment