Wednesday, 18 January 2012

Rakyat Baram harus menentukan masa depan Baram sendiri.


Rakyat Baram harus menentukan masa depan Baram sendiri.

Pada dua hari yang lepas seorang ketua kaum penghulu Herbert Lawai telah menyatakan kaum Berawam harus menyokong kerajaan BN. Akan tetapi kaum tersebut harus berfikir dengan lebih panjang dan mendalam lagi samada mereka terus menyokong kerajaan BN atas sebab yang sangat kukuh yang terdapat dan terjadi di kawasan baram dibawah MP Baram Datuk Jacob dan Adun Telang Usan YB Dennis Ngau, boleh di katakana masih mundur.
Kaum Berawam dan orang Ulu harus bijak berfikir dan membuat satu keputusan yang tepat. Selama 60 tahun Baram di bawah kerajaan BN namun Baram masih ketinggalan belakang. Mengapa saya menyatakan demikian sebab kaum Orang ulu masih dalam kegelapan. Ada beberapa sebab Baram ketinggalan iaitu kampong-kampung di kawasan Baram masih seperti dahulu tanpa elektrik, air bersih, kemudahan talipone dan jalanraya yang baik.
Dalam pegangan kerajaan BN bertambah banyak masalah  yang di hadapi oleh penduduk Baram. Ada beberapa isu: Isu yang pertama isu empangan Baram. Empangan tersebut akan memberi kesan yang amat buruk dan negative kepada mereka.
Satu masalah yang telah lama tidak diselesaikan ialah Jalanraya lapok. Jalan raya tersebut pun belum dibaik pulih oleh Kerajaan BN. Penduduk yang menggunakan jalanraya tersebut kaum orang ulu. Kerajaan telah memberi janji manis selama 60 tahun yang lalu sampai sekarang jalanraya tersebut belum di baiki.
Selepas jalanraya lapok, isu tanah muncul lagi. Tanah kaum orang ulu telah pun dirampas untuk tujuan pembangunan akan tetapi pembangunan tersebut menguntungkan sestengah pihak sahaja. Kerajaan telah menggunakan satu cara yang baik untuk mengelirukan mata orang ulu dengan cara Pri-meter Servey. Namun demikian banyak rumah panjang yang tertipu dengan cara tersebut.
Beberapa tahun yang lampau, hutan di kawasan Baram begitu hijau. Kita masih mudah untuk mencari kayu untuk membina rumah panjang kita. Kayu kayan tersebut habis ditebang dan menggantikan kelapa sawit. Ini menguntungkan siapa?
Mengapa kita rakyat Baram masih mengharapkan janji-janji dari kerajaan BN lagi? Hanya calon yang benar-benar mementingkan rakyat layak menjadi pemimpin. Kerajaan BN telah memerintah 60 tahun lebih dari cukup.Kita tidak dapat diperbodohkan lagi. Semua janji kemajuan diulangkan setiap kali kalau undi, lepas undi mereka duduk diam dalam rumah airconditioning.Janji hilang begitu sahaja. Kerana mereka dipilih oleh rakyat, mereka harus bekerja untuk rakyat bukan untuk diri sendiri.
Semua sebab yang diterangkan diatas adalah sebab-sebab kita kaum orang ulu termasuk kaum Berawam, tidak harus berpegang teguh dengan kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment