Sewajarnya untuk pihak BN membantu Rakyat dengan memajukan kesemua lapisan masyarakat tak pilih bangsa, Agama, jenis kulit dsbnya. Kemajuan tersebut atas dasar menggunakan wang rakyat. Pihak tertentu harus menggunakan wang rakyat dengan baik supaya semua rakyat dapat menikmati kekayaan bumi sendiri.
Buat masa sekarang rakyat di ulu sungai tidak dapat merasakan hasil kekayaan bumi sendiri. Contohnya: Penduduk Baram jauh ketinggalan kerana di Kawasan Baram belum ada jalan yang baik yang menghubungi setiap kampung dan tidak mempunyai muti-media yang canggih untuk menghubungi saudara mara di kampung halaman.Apabila kami terpisah dengan ahli keluarga di sebabkan oleh perkerjaan dalam masa setahun ataupun lebih kami tidak dapat menghubungi mereka.
Begitu sedihnya kami yang datangnya dari ulu baram dan kami ketinggalan zaman dengaqn arus pembangunan yang di banggakan oleh setengah pihak.
No comments:
Post a Comment