Penyataan yang di beri oleh CM Sarawak pada 27 Feb 2012- Sarawak berdepan cabaran besar bangunkan rakyat, negeri berasas pembangunan Industri.
Beliau menyatakan pembangunan yang pertama melalaui hasil bumi iaitu pembalakkan dan Minyak.Dengan adanya hasil bumi Sarawak dari dahulu sampailah sekarang- rakyat Sarawak masih ketinggalan dan Sarawak merupakan sebuah negeri yang termiskin di Malaysia. Di manakah hasil penjualan kayu balak dan minyak di negeri ini?
Hutan Sarawak yang menghijau dahulu digantikan dengan penamanan kelapa sawit dan kayu yang mampu memberi hasil yang lumayan kepada syarikat yang terus berkuasa di Sarawak. Rakyat di ulu sungai mengalami masalah tidak mempunyai kayu kayan untuk membina rumah mereka. Akibat dari pembalakkan tersebut semua sungai tercermar dan ini boleh mengundangkan berbagai penyakit kepada semua rakyat yang menggunakan sungai tersebut.
Pembangunan yang terbaru adalah pembangunan Industri. Pembangunan tersebut sangat membahyakan kepada semua rakyat yang hidup berhampiran dengan industri tersebut. Industri yang terdapat di semilajau tersebut dapat mengundangkan penyakit yang sangat bahaya kepada semua rakyat yang bermastautin tidak jauh dari Industri tersebut.
Dengan adanya beberapa projek mega seperti Bakun Dam, Bengoh Dam dan Batang Ai Dam, kerajaan menyatakan masih belum cukup untuk menjana kuasa elektrikkepada negeri Sarawak dan amnya negara Malaysia. Kerajaan masih mahu membina beberapa Dam di Sarawak lagi.. akan tetapi siapa yang untung apabila Dam tersebut telah dibina? Rakyat akan masih seperti dahulu lagi. Mereka masih juga membayar bil elektrik setiap bulan.Rakyat Sarawak harus sedar akan permainan yang dimainkan oleh pihak tertentu.Kita harus mengubahkan keadaan di Sarawak ini.
No comments:
Post a Comment