Tuesday, 21 February 2012

Penyatan yang posted on Friday 17, 2012- Kerajaan menangani masalah tersebut kerajaan telah mengambil satu langkah memperkenalkan inisiatif baharu NCR. Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong Anthony Aboi menyeru pemilik-pemilik tanah NCR agar memberi kerjasama kepada pihak JTS dalam menjalankan kerja-kerja penyukatan perimeter.
Anthony Aboi- Dalam inisiatif baharu NCR, ia terbahagi kepada dua langkah iaitu pada langkah pertama, kawasan NCR yang dilulus akan disukat perimeter dan hasil daripada kerja-kerja penyukatan tersebut akan diwartakan sebagai Rizab Guna Sama (pertainan) Bumiputera di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi mengiktiraf hak rakyat.
Kedua- Kawasan yang telah diwarta akan disukat secara individu dan hasil daripada kerja-kerja tersebut adalah dengan pengeluaran surat hak milik tanah dibawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri- Segala kos penyukatanditanggung oleh kerajaan dan tempoh tanah tuan-tuan akan berkekalan dan tidakmempunyai tempoh luput.
- Semua yang dinyatakan di atas adalah satu kekeliruan kepada pemilik tanah yang memiliki tanah tersebut. Banyak tanah yang telah pun disukat belum diberi grand atau surat yang mengesahkan bahawa mereka tetap memilik tanah tersebut..Kaum bumiputera selalu di tipu.

No comments:

Post a Comment