Monday, 27 February 2012

Getah bermutu tinggi dijangka ubah sosioekonomi penduduk di penduduk long Beruang dan Long Peluan. Walaupun getah yang bermutu tinggi di tanam di kedua kampung tersebut tidak akan memberi banyak perubahan kepada mereka. Mereka di kedua perkampungan tersebut memerlukan satu perhubungan yang baik demi untuk mereka membawa hasil dari getah yang bermutu itu ke bandar.
Di Kawasan Baram masih menggunakkan jalan kayu balak untuk jalan utama balik ke kampung.Baram masih ketingalan zaman dan masih ketinggalan dari arus pembangunan seperti Jalan raya yang boleh menghubungi setiap perkampungan kepada bandar. Masalah tersebut di alami oleh penduduk Baram senjak dari Sarawak masuk Malaysia. Di manakah Menteri Menteri yang datang dari kawasan Baram?
Rakyat Baram bergantung kepada hasil getah dan untuk mereka datang menjual hasil getah tersebut ke Bandar memerlukan pembelanjaan yang sangat tinggi di sebabkan menggunakan kenderaan yang bertambang. Hasil dari getah mereka di habiskan untuk membayar tambang. Sekiranya ada jalan yang bermutu tinggi anak anak mereka dapat membantu ahli keluarga mereka untuk menjual hasil tanaman mereka dari kampung. Dengan menggunakan kenderaan sendiri dapat menguntungkan mereka sekeluarga. Rakyat Baram menginginkan satu perubahan demi untuk membangunkan mereka dan mereka akan setaraf dengan kawasan lain.  

No comments:

Post a Comment