Thursday, 23 February 2012

Penderitaan Rakyat siapa yang tahu????

Rakyat sanggup berkorban demi untuk pembangunan dan penderitaan rakyat siapa yang mengambil tahu..??? Di kawasan pendalaman di mana kaum Dayak dan sea dayak bermastautin telah di cerobohi oleh syarikat gegerasi yang datang menanam kelapa sawit dan jenis kayu yang berharga demi untuk kepentingan syarikat tersebut.
Kebanyakan tanah yang di miliki oleh nenek moyang kami telah pun di cerobohi oleh syarakit yang di percayai untuk pembangunan.
Pembangunan tersebut adalah untuk kepentingan berapa- apa pihak sahaja. Tuan pun tanah tidak akan menerima keuntungan berpanjangan. Pengorbanan rakyat di sesebuah kawasan terhadap tanah milik mereka yang diambil oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan memberi seribu satu persoalan buat rakyat.Contoh yang jelas kerajaan memberi pembangunan iaitu di kawasan Baram- Baram Dam. Kesemua rakyat Baram tidak setuju dengan pembangunan tersebut sebab ianya memberi kesan yang amat buruk kepada rakyat di Baram.Pembangunan tersebut memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja.
Rakyat harus faham dengan keadaan yang telah terjadi di kawasan masing masing. Sedikit yang diberi oleh pihak tersebut kepada rakyat, akan tetapi banyak yang diperolehi oleh syarikat tersebut.Rakyat semakin miskin tapi pihak tersebut semakin kaya.

No comments:

Post a Comment