DAP- Miri, Daivd,mengwakili YB Alan Ling, Walkil rakyat Piasau Dan YB Fong Pau Teck, Wakil Rakyat Pujut.Kami merasa sedih dan terharu mendengar berita yang tidak baik melanda penduduk Bakun yang baru dipindahkan beberapa tahun yang lalu. Setelah bertungkus lumus menjalani kehidupan baru dan belum sempat lagi untuk merasakan kesenangan yang diberi oleh pihak kerajaan, datang lagi malapataka melandai mereka
setelah Empangan Bakun siap dibina dan akan gunakan oleh kerajaan untuk memajukan Sarawak, umumnya Malaysia. Kerajaan menjanjikan kepada Rakyat akan memberi banyak peluang pekerjaan untuk penduduk setempat, akan tetapi pekerja dari negara asing yang banyak berkerja ditapak Empangan Bakun.Ditimpa dengan masalah harian cukup memeningkan kepala mereka ditimpa lagi dengan Penyakit yang sangat ditakuti dan membahaya yang dapat mengacami kehidupan mereka.
Menurut kepercayaan orang Kenyah ( kaum ini terdapat di Bumi kenyalang ), apabila tapak perkuburan ditenggelami dan diceroboh dengan tidak dihormati maka roh-roh nenek moyang akan marah di sebabkan rumah yang didiami oleh mereka sudah dimusnahkan. Kaum Kenyah yang beragama Kristian menghormati nenek moyang dengan mengingati mereka pada 2 Nov setiap tahun. Mereka yang hidup di Empangan Murum juga harus memberi penghormatan kepada nenek moyang dengan adanya percayaan secara kristian dan semua penduduk kampung harus menyertainya.
Malapataka yang menimpa penduduk Bakun dan mereka yang hidup dihilir Empangan Bakun ialah Penyakit Meliodosis dan leptospirosis. Menurut kajian dari Kementerian Kesihatan Sarawak ia disebabkan loeh kecemaran tanah dan air. Sebelum Empanagan Bakun dibina Penyakit sedemikian tidak pernah terjadi pada mereka jadi setelah Emapanagan Bakun dibina penyakit ini muncul akibat kemusnahan tanah dan kekotoran air yang digunakan oleh penduduk Bakun mahupun sekitar Kapit dan Sibu.Penyakit yang sedemikian sangat membimbangkan penduduk- penduduk tersebut.
Satu penyataan yang dikeluarkan oleh The Star, Sarawak, Isnin 2 Mei 2001, menyatakan keadaan Batang Rajang sanagt menurun dan keadaan sungai sangat membahaya untuk pengguna batang Rajang. Keadaan sungai yang kotor jika dibandingkan dengan sebelum Empangana Bakun dibina dahulu. Ditebing sungai rajang " Muddy " ini menyebabkan penduduk penduduk di hilir bakun susah untuk menjalankan tugas harian mereka.Mengapa Rakyat harus mengorbankan nyawa mereka demi untuk kemajuan. Rakyat Sarawak tertindas akibat arus pembangunan sedangkan pembanunganan itu hanya untuk kepentingan seorang saja. Apakah Rakyat harus dipersalahkan? Penyakit tersebut menyerang penduduk yang tak bersalah dan mereka yang diserang oleh penyakit tersebut. Mereka sendiri juga yang membiayai kos pembayaran Hospital. Kerajaan harus memberi bantuan untuk membantu mereka yang menghidap penyakit tersebut. JOM UBAH SARAWAK.
No comments:
Post a Comment