Sunday 11 March 2012


Siapa Bos? Kerajaan atau Rakyat?
Datuk James Jemut Masing telah menyatakan satu penyataan yang berbunyi “ Jangan lawan Towkay”. Beliau ( Datuk James) telah pun lupa siapa yang memilih dia menjadi wakil rakyat. Ramai menteri – menteri  yang menjadi wakil rakyat telah lupa pada pengundi mereka dan mereka menganggapkan diri mereka menjadi bos ataupun towkay.

Sikap ini berpunca dari sifat angkuh “ kami lebih tahu dari anda” yang diamalkan kerajaan sejak meredeka, sama seperti warisan penjajah yang tidak menghormati anak-anak negeri. Rakyat rdikelentong dengan janji-janiji palsu, malah di Dewan Rakyat pun mereka berani berbohong walhal segala segala maklumat mudah didapati.

Kepimpinan Negara dan negeri sarta para pemimpin politik harus sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih pandai dari rakyat. KERAJAAN BUKAN BOS ATAU TUAN kepada ibu pertiwi. Kerajaan hanyalah perkerja atau paling tinggi pun sekadar pengurus untuk rakyat.

Rakyatlah pemilik sebenar Negara ini. Pemimpin harus menurut keperluan rakyat. Pemimpin hanylah wakil kepada perasaan, jiwa, keinginan, dan aspirasi rakyat, bukanya rakyat yang harus mengikuti kehendak dan kegelojohan pemimpin.

Rakyat yang membayar gaji, eluan, percutian pemimpin kerajaan dan segala yang kerajaan berikan kepada rakyat adalah hak mutlak sebagai warganegara. Oleh itu janganlah pemimpin kerajaan pandai-pandai mengatakan rakyat tidak tahu bersyukur apabila rakyat tidak bersetuju dengan pemimpin.

Para pemimpin tidak perlu takut kepada rakyat. Mereka yang takut kepada rakyat biasanya ada sesuatu yang mahu disembunyikan, ada muslihat jahat dan mungkin benci kepada rakyat yang mereka pimpin.
Para pemimpin kerajaan, jangan cuba memperbodohkan dan memperlekehkan kuasa, kemampuan, dan bakat rakyat. Bersikap jujurlah kepada rakyat dan bawa harapan rakyat secara ikhlas. Tidak perlu berbelanja besar untuk pakar media, tidak perlu mencipta slogan, membuka kedai, memperkenalkan klinik untuk beri ubat penahan sakit. Memadai sekadar mendengar aspirasi rakyat dan melaksanakannya untuk memastikan rakyat benar-benar diutamakan. Sesungguhnya, para pemimpin lebih memerlukan rakyat berbanding rakyat menagih kepimimpin mereka.

No comments:

Post a Comment