Thursday, 23 February 2012

Rampasan Tanah bukan satu fitnah tapi kisah benar.

Pada 1 Feb,2012-  Datuk Mong Dagang berkata- Tiada isu lagi pasal dakwaan tanah rampas tanah rakyat
Rampasan tanah masih berlaku di kawasan di mana kaum Bumiputera bermastautin. Baru-baru ini beberapa kes tentang tanah telah dimenangi oleh penduduk rumah panjang-  Contoh dilebor.
Mengapa beliau Datuk Mong Dagang masih menyatakan tiada isu lagi pasal dakwaan tanah rampas tanah rakyat?.Pembangunan di alu-alukan oleh setiap lapisan masyarakat akan tetapi penduduk rumah panjang selalu mengalami masalah tanah dengan kerajaan. Kaum bumiputera tahu di mana tanah kepunyaan mereka sendiri. Tapi Kerajaan selalu menyatakan tanah yang tidak diusahakan oleh penduduk kampung di miliki oleh kerajaan.
Tanah tersebut sangat di perlukan oleh penduduk terseut untuk genersi yang akan datang. Penduduk di setiap kampung masih keliru dengan insitif baru yang di perkenalkan oleh kerajaan untuk mereka.
Setelah mengadakan insitif baru untuk setiap penduduk, yang peliknya company yang lain datang untuk mengusahakan tanah yang telah di sukat oleh pihak tertentu.Kaum dayak termasuk kenyah, kayan, iban, bidayuh, penan, berawan, kiput,sebob dsbnya telah kehilangan tanah mereka.Rakyat harus diutamakan...

Baram adalah Kristian Komiti.

Baram keseluruhanya adalah menganut agama Kristian.Sekolah Menengah satu-satunya yang ada di Ulu Baram dan kesemua pelajar datangnya dari setiap rumah panjang dari ulu baram sendiri dan kesemua pelajar tersebut berbangsa Kenyah. Kesemua ibubapa mereka beragama Kristian yang tulin.
Di sekolah tersebut tidak mempunyai Gereja dan Kesemua pelajar digalakkan untuk mempratikkan Agama Kristian. Dengan menghormati kesemua penduduk di kawasan Baram ulu yang beragama Kristian.Kaum orang ulu tidak menerima sesuatu yang bertentangan dengan agama mereka. Kita harus menghormati setiap lapisan kaum dan Agama yang terdapat di kawasan tersebut.Mari kita menghormati antara satu dengan yang lain.

Tuesday, 21 February 2012

Penyatan yang posted on Friday 17, 2012- Kerajaan menangani masalah tersebut kerajaan telah mengambil satu langkah memperkenalkan inisiatif baharu NCR. Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong Anthony Aboi menyeru pemilik-pemilik tanah NCR agar memberi kerjasama kepada pihak JTS dalam menjalankan kerja-kerja penyukatan perimeter.
Anthony Aboi- Dalam inisiatif baharu NCR, ia terbahagi kepada dua langkah iaitu pada langkah pertama, kawasan NCR yang dilulus akan disukat perimeter dan hasil daripada kerja-kerja penyukatan tersebut akan diwartakan sebagai Rizab Guna Sama (pertainan) Bumiputera di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi mengiktiraf hak rakyat.
Kedua- Kawasan yang telah diwarta akan disukat secara individu dan hasil daripada kerja-kerja tersebut adalah dengan pengeluaran surat hak milik tanah dibawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri- Segala kos penyukatanditanggung oleh kerajaan dan tempoh tanah tuan-tuan akan berkekalan dan tidakmempunyai tempoh luput.
- Semua yang dinyatakan di atas adalah satu kekeliruan kepada pemilik tanah yang memiliki tanah tersebut. Banyak tanah yang telah pun disukat belum diberi grand atau surat yang mengesahkan bahawa mereka tetap memilik tanah tersebut..Kaum bumiputera selalu di tipu.

Budi harus di kenang- BR1M adalah Duit Rakyat Sendiri.

Kerajaan meringankan beban rakyat melalui BR1M hanya sekali dalam 49 tahun. Rakyat mempunyai budi bahasa yang di amalkan oleh setiap rakyat Malaysia Mereka tetap mengucap terima kasih kepada kerajaan bukan kerana BR1M tetapi kerana memberi balik wang rakyat kepada rakyat.
Rakyat berhak untuk memerima wang tersebut.

Wednesday, 15 February 2012

The dream of Sarawak.

We Sarawakian dream of better standard of living through being richer and quality of life through being more develop. We formed Malaysia in the hope that we will be equally develop in the same pace. As the 50 years road map drew nearer, the progress and infra-structure development in Sarawak got left much further.
We saw our gas plant being built and many of our skill and semi-skill youth work in oil and gas projects. we saw the big production of gas and oil and see the prices of oil continue ti climb up since 1963. But then where is the money?
On the road we experience pot holes, gravel road and travel on timber roads. When we are sick like in ulu Baram we have to drive all the way to Miri, which is a few hundred kilometers away and is if you have a car. This is a night mare to us and the leaders of BN promised us everything will be fine. One of our school in the Penan area just collapsed injuring some student. It is shameful for State as rich as Sarawak and yet we have very poor care.

Tempat berdoa seperti Gereja harus di hormati oleh semua bangsa.

Apa salahnya gereja terhadap seseorang yang bukan beragama Kristian? Tidak pilih apa bangsa dan agama kita harus menghormati dan tempat berdoa harus di hormati. Semua agama mengajar kita yang baik dan mengajar kita untuk menghormati sesama kita. Akan tetapi manusia yang bermusuh dengan sesama sampai sesetengah pihak membakar tempat beribadat contoh: Sebuah Gereja di Desa Melawati  telah dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Gereja tersebut di bakar 2 tahun yang lalu.Nama Gereja tersebut Gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Desa Melawati, Wangsa Maju. Terjadi pada pukul 11.50 pm pada 7 Jan 2010.
Budaya hormat menghormati harus dipupuk di kalangan masyarakat kita harus diamalkan selalu.

Tuesday, 14 February 2012

Tanah adalah harta nenek moyang kami untuk kami.

Pembangunan tanah menbawa manfaat untuk rakyat. Rakyat bangga sekiranya pihak tertentu mengusahkan tanah dengan jujur demi untuk menguntungkan rakyat jelata, bukan untuk kepentingan seorang saja. Rakyat di bahagian Liam, Selepin dan Bakong patut menerima pampasan dari tanah sebab tanah mereka termasuk dalam pembangunan kerajaan.Tanah adalah harta nenek moyang mereka yang msaih dapat dilihat dan dapat diusahakan oleh generasi ke generasi demi memberi kehidupan kepada anak cucu mereka.